Type Here to Get Search Results !

Bila Tangan Seorang Wanita Tersepit Hampir 3 Jam Pada Mesin Wang Syiling !!


MESTI TENGOK !! Tangan Seorang Wanita Tersepit Hampir 3 Jam Pada Mesin Wang Syiling !!

Menurut maklumat yang diterima semalam seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada mesin simpanan wang syiling di sekitar Bachang, di sini, pagi semalam.

Apa yang difahamkan, semasa kejadian itu berlaku sekitar jam 6 pagi itu, mangsa Rohaila Rashid, 21, cuba mengeluarkan sesuatu yang tersekat di bahagian bawah mesin wang syiling itu sebelum jari telunjuknya tersepit pada mesin tersebut .

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Razali Che Are berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Razali lagi, jari telunjuk mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang dua jam dan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian jari telunjuk tangan kiri diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian.

Jari telunjuk mangsa akhirnya telah dapat dikeluarkan pada jam 8.54 pagi dengan selamat dan apa yang difahamkan mangsa telah dibenarkan pulang selepas pemeriksaan X-ray pada jari telunjuk mangsa mengesahkan tiada keretakan tulang berlaku ,” ujarnya ketika mengulas kejadian yang berlaku . 
– Harian Metro 
Tags

You may like these posts

Show more

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies