Type Here to Get Search Results !

Kenali Siapa Azmin Ali


Kenali Siapa Azmin Ali?

Mohamed Azmin Ali dilahirkan pada 25 Ogos 1964 di Singapura.

Azmin Ali memulakan pelajarannya di Sekolah Gurney Road (2) dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Setapak.

Beliau memulakan pelajarannya di Sekolah Gurney Road (2) dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Setapak.

Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat dan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan Matematik.

Beliau berkahwin dengan Shamsidar Taharin, dan dikurniakan enam cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.



Pada tahun 1987, Mohamed Azmin yang berusia berusia 23 tahun pada ketika itu dilantik sebagai pegawai khas kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika.

Kemudian beliau menjadi setiausaha sulit kepada Anwar apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas Anwar didapati bersalah atas kes rasuah dan liwat pada tahun 1998, Azmin menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional.

Di dalam Pilihan Raya Umum 2008, Azmin bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan telah memenangi kedua kerusi tersebut dengan majoriti 6867 dan 1381 masing-masing.

Pada November 2010, beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Presiden PKR dan memegang jawatan tersebut hingga kini.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Mohamed Azmin turut bertanding di kerusi-kerusi yang sama dan memenanginya.

Semalam beliau menerima surat pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dan selesai mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies