Sekumpulan penyelidik yang dijalankan di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS) , mereka telah menjumpai sebuah asteroid gergasi yang berkemungkinan akan menghentam Bumi pada tarikh 16 Mac 2880, hasil laporan akhbar MailOnline semalam.
Semua kehidupan di muka bumi dijangka mati ekoran daripada hentaman tersebut.
Walaupun peluang untuk asteroid yang sepanjang satu kilometer yang dikenali sebagai 1950 DA untuk menghentam Bumi adalah satu bagi setiap 300 tetapi bagi pandangan para saintis, peluang objek berkenaan untuk melanggar dengan Bumi tetap ada dan sukar untuk dielak .
Menurut laporan yang turut disiarkan di dalam jurnal Nature, para saintis memberitahu, asteroid berkenaan yang mempunyai diameter hampir satu kilometer dan bergerak dengan kelajuan kira-kira 14 kilometer sesaat menuju ke arah Bumi.
Asteroid berkenaan juga dilihat berputar dengan sangat pantas iaitu sekali dalam tempoh dua jam dan enam minit.
Dengan satu putaran sepantas itu, asteroid berkenaan sepatutnya berpecah tetapi terdapat satu tenaga yang dikenali sebagai van der Waals menjadikan batu angkasa itu tetap dan tidak terbelah.
Menurut para saintis lagi , mereka tidak pernah menemui tenaga seperti itu pada sesebuah asteroid sebelum ini .
Sekiranya asteroid berkenan menghentam Bumi ia akan berlanggar pada kelajuan 61,155 kilometer sejam dan menghasilkan satu tenaga yang menyamai kuasa 44,800 megatan trinitrotoluena (TNT).
Impak pelanggaran tersebut pastinya menyebabkan letupan yang sangat besar dan kejadian tsunami serta mengubah iklim Bumi serta memusnahkan semua kehidupan yang ada di muka Bumi. – AGENSI
maklumat.com