(Video) 'Bakal isteri aku tak pernah komplen' - Netizen kecam iklan produk sampah ajak pelanggannya berzina
'Video itu lakonan saja, bayaran pun sangat lumayan' - Andika tampil beri penjelasan
Susulan dikecam oleh netizen berhubung video promosi produk dewasa, salah seorang individu dalam video tersebut tampil memberi penjelasan.
D alam kenyataan dimuat naik di Instagram, Andika Putera berkata, video promosi itu sekadar lakonan sahaja dan skrip itu juga disediakan oleh pihak produk berkenaan."Tengok kat Facebook, kena kecam teruk-teruk. Saya tengok senyap sahaja. Siapa yang kenal saya depan, support saya, saya nak cakap terima kasih sangat-sangat.
"Video itu adalah lakonan dan skrip diberi kepada saya dan Nadira Isaac. Love bite itu semua make up sahaja. Tak betul pun. Bayaran kepada kami berdua pun sangat lumayan untuk satu video yang panjangnya hanya satu minit.
"Kalau korang di tempat saya pun, korang akan ambil juga tawaran berlakon untuk produk itu.
"SIapa yang kenal saya depan-depan, tahu saya ni macam mana. Social media dan real life sangat-sangatlah fake! Jangan menilai orang dalam media sosial. Saya pun tak pernah nak menilai orang dalam Instagram atau Facebook je sebab depan mata saya sendiri, saya dah jumpa ramai gila orang dalam Instagram lain, depan-depan ya Allah lain sangat-sangat. So, don't judge book by cover," katanya.
Sementara itu, di Instagram Nadira Isaac juga turut berkongsi kenyataan yang sama.
Terdahulu, video Andika dan Nadira mempromosikan produk dewasa dengan menggunakan dialog kurang sesuai mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengganggap mereka tidak sensitif, seolah-olah mengajak masyarakat melakukan hubungan intim sebelum berkahwin.
Sumber: Andika Putera
(Video) 'Bakal isteri aku tak pernah komplen' - Netizen kecam iklan produk sampah ajak pelanggannya berzina
Tidak dinafikan semakin banyak produk-produk kosmetik lokal muncul di pasaran lebih-lebih lagi yang dijual secara online, tanpa diketahui produk tersebut berdaftar ataupun selamat untuk digunakan.
Terbaru, viral di media sosial video iklan produk dewasa mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang rata-rata menyelar dua individu dalam video tersebut di mana ia seperti mengajak para penggunanya berzina.
Dengan dialog yang tidak bersesuaian, penampilan yang seksi sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya membuatkan netizen berasa jijik dengan video tersebut.
Berdasarkan video, si lelaki itu memaklumkan bakal isterinya tidak pernah mengadu apabila mereka melakukan hubungan kelamin, semenjak dia menggunakan produk tersebut.
Malah dia turut menyarankan rakan wanitanya menggunakan produk itu untuk teman lelaki, skandal atau bakal suaminya kelak.
Kononnya teruja diberi peluang untuk mencuba produk itu, si wanita terbabit gembira dan berjanji akan mengambil gambar selfie bagi menunjukkan hasil penggunaan produk tersebut.
REAKSI NETIZEN
Pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan video seperti ini termasuk mengenakan tindakan terhadap individu yang berlaku dalam video tersebut kerana ia jelas sekali merosakkan minda masyarakat.
Bukan itu sahaja, video seperti itu seperti mengajak anak-anak muda melakukan seks bebas yang akan mengakibatkan penularan penyakit berbahaya seperti HIV.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Sumber: Awatni Channel
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.