Type Here to Get Search Results !

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Nur Jazlan dilantik Ahli Majlis Global ACCA

Nur Jazlan dilantik Ahli Majlis Global ACCA

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Ahli Majlis Global Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) Antarabangsa di Britain, semalam.


Menurut kenyataan oleh PAC hari ini, Nur Jazlan menduduki tempat kesembilan daripada 170,000 calon di seluruh dunia untuk pemilihan 11 Ahli Majlis Global persatuan berkenaan.

Nur Jazlan berkata, beliau sudah menerima pengesahan daripada ACCA Britain yang memaklumkan mengenai kemenangannya dalam pemilihan itu dan keputusan rasmi akan diumumkan dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu pada Khamis depan.

“Kemenangan ini, adalah satu pengiktirafan kepada Malaysia khususnya PAC kerana ahli yang bertanding dalam pemilihan ini mempunyai latar belakang yang cemerlang terutama sekali dalam bidang korporat,” katanya.



Tambah beliau, pemilihannya sudah pasti akan menguatkan lagi kredibiliti PAC dalam memastikan pengurusan kewangan kerajaan dijalankan dengan lebih telus, berintegriti serta bertanggungjawab. – Bernama

-Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies