Type Here to Get Search Results !

Penjenayah Rompak ATM Hanya Bermodalkan Kad Sim Telefon Bimbit


Penjenayah Rompak ATM Hanya Bermodalkan Kad Sim Telefon Bimbit

Empat mesin juruwang automatik ATM sebuah bank iaitu dua di di Subang Jaya dan Petaling Jaya serta dua lagi di Johor Bahru digodam rakyat asing dipercayai dari Amerika Latin, menggunakan kad SIM telefon bimbit dan berjaya melarikan hampir RM1 juta, semalam.

Setakat ini polis mengesahkan jumlah wang tunai yang hilang daripada tiga ATM terbabit lebih RM830,000 manakala jumlah kehilangan wang daripada satu lagi ATM di Johor Bahru belum dapat dipastikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kejadian di Lembah Klang serta di Johor itu dilakukan kumpulan yang sama.
Menurutnya, berdasarkan semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anggota kumpulan itu mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi tempatan sebelum menggodam sistem komputer ATM menggunakan alat khas berteknologi tinggi.
Beliau berkata, suspek membuka mesin ATM menggunakan sekeping kad dipercayai kad sim telefon sebelum menarik mesin ATM ke hadapan.
"Seterusnya suspek menggunakan alat khas untuk menggodam sistem mesin ATM terbabit bagi mengeluarkan wang.
"Kita akan siasat kenapa kumpulan terbabit hanya mensasarkan ATM satu bank sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies