Type Here to Get Search Results !

PESERTA AF2014 PERLU 'JUAL DIRI' - TIPS DATUK AC MIZAL


PESERTA AF2014 PERLU 'JUAL DIRI' - TIPS DATUK AC MIZAL

Penulis respect kat bekas pengacara AF Datuk AC Mizal yang tak lokek berkongsi tips untuk peserta AF musim terbaru yang mula bersiaran bulan ini. Walaupun Datuk AC Mizal sudah tidak lagi mengacarakan rancangan AF namun dia mengakui akan terus memberi sokongan kepada rancangan paling popular di saluran Astro Ria tersebut.

P/S : Cayalah Datuk!!

Jom kita dengar 5 tips yang Datuk AC Mizal nak kongsi dengan peserta  AF2014

                                              


"Drama di  pentas ketika 'perform' itu perlu tapi jangan buat drama ketika berada di akademi, nak main-main! ,nak bercinta!, fokus pada pembelajaran kerana anda terpilih dikalangan ribuan yang datang ujibakat,"


"Setiap detik ketika di pentas anda diperhatikan dari hujung kaki hingga ke  hujung rambut,  jadikan diri anda sebagai mutiara yang lebih bersinar  dikalangan mutiara yang bersinar,"


"Gunakan platform di dalam AF untuk  menceriakan industri hiburan  selepas anda keluar, fikirkan anda adalah artis yang lain daripada biasa  yang betul-betul  boleh 'survive' selepas AF tamat,"


"Fikirkan imej anda selepas jadi artis, sebagai 'Public Figure' anda kena  bersedia untuk pelbagai kemungkinan, walau  sekadar  ke pasar pastikan  keterampilan diri  berada ditahap yang terbaik,"


"Anda kena pandai ' Jual  Diri' dan  ada hak untuk memilih yang terbaik  bagi diri sendiri  ,jangan disia-siakan peluang keemasan yang sudah  terbentang di hadapan mata,"


P/S : Dengar yer adik-adik AF semua... Jual Bakat bukan Jual Diri hehe..


Datuk AC Mizal menyebut nama Stacy AF6 dan Hafiz AF7 yang boleh  dijadikan contoh untuk diteladani  oleh  peserta AF2014.

                                               


"Stacy sangat versatile ,  semua lagu dia boleh bawak tak kira slow rock atau pop, Hafiz  pula  selepas dia menang 'award'  dalam pelbagai  anugerah , baru semua orang bukak mata dengan bakatnya,". 

Sumber: hidanganartis
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies