Type Here to Get Search Results !

TERKINI!! Dua Pejalan Kaki Maut Di Tuaran Sabah


TERKINI!! Dua Pejalan Kaki Maut Di Tuaran Sabah

Tuaran, Sabah, Dua orang pejalan kaki meninggal dunia apabila dilanggar oleh sebuah kereta Viva berwarna merah. Kes ini masih dalam siasatan polis.

Dua orang pejalan kaki maut dilanggar dalam kemalangan maut lebih kurang 7.30 pagi tadi di Jalan Sulaman Tuaran, Sabah.

Inspektor Mohd Faizal B Rosley, Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran ketika dihubungi berkata, mangsa pejalan kaki Rozilah Wati Mitangic, 59 tahun, seorang pesara guru.



Manakala mangsa kedua cucunya iaitu Nursyahidatul Bte Mohd Saiful, 9 tahun.

Kemalangan melibatkan sebuah motokar jenis Perodua Viva dipandu dari arah Tuaran menuju ke Kota Kinabalu. Kedua-dua mangsa pejalan kaki berlari melintas jalan dan pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa menyebabkan kedua-dua mangsa melambung dan terbaring di atas jalan.



Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.



Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies