Type Here to Get Search Results !

Bonda Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meninggal dunia

BONDA kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Noah, 82. - Foto NSTP. DALAM KENANGAN... Tun Suhailah Mohammad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn, meninggal dunia tengah malam tadi. Suhailah, ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 12.30 tengah malam, kerana sakit tua pada usia 82 tahun. - Foto NSTP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


BONDA DS HISHAMUDDIN HUSSIEN MENINGGAL DUNIA

Tun Suhailah Mohammad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn, meninggal dunia tengah malam tadi.

Suhailah, ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 12.30 tengah malam, kerana sakit tua pada usia 82 tahun.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi tadi dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

Picture
JENAZAH Tun Suhailah Mohammad Noah dibawa keluar dari Hospital Pakar Damansara, tengah malam tadi. - Foto NSTP

Bonda Menteri Pertahanan meninggal dunia

Tun Suhailah Mohammad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn, meninggal dunia tengah malam tadi.

Suhailah, ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, kira-kira jam 12.30 tengah malam, kerana sakit tua pada usia 82 tahun.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi tadi dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

Sementara itu, Pejabat Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa orang ramai boleh menziarahi jenazah Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, di sini bermula 9 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Negara pada 12 tengah hari sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor.

Allahyarham dilahirkan pada 12 Februari 1948 meninggalkan tiga anak perempuan dan dua anak lelaki, termasuk Hishammuddin.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' - Kerajaan Persekutuan (1990) dan Anugerah Sri Kandi dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Tun Hussein meninggal dunia pada 29 Mei 1990.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies