Sebuah jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang bersebelahan Taman Kobena dilaporkan runtuh.
Dari kiriman gambar, boleh dilihat ada sebuah kereta kena himpap di bawah jejantas yang ranap itu.Kejadian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Pengguna yang biasa menggunakan jalan terbabit diminta menggunakan jalan alternatif sementara tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, masih belum diketahui jika ada kemalangan jiwa yang terlibat dalam kemalangan ini.
Dimaklumkan 5 orang cedera.