Type Here to Get Search Results !

Ketahui 7 Kesan Harga Minyak Naik Pada Orang Bujang Macam Saya!

Ketahui 7 Kesan Harga Minyak Naik Pada Orang Bujang Macam Saya

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Ketahui 7 Kesan Harga Minyak Naik Pada Orang Bujang Macam Saya

Tepat pukul 6 petang kelmarin, Malaysia digemparkan lagi dengan berita kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen mulai tengah malam,12.01 pagi 2 Oktober 2014. Ini menjadikan harga terbaru bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 dan Diesel RM2.20.

Pasti malam kelmarin ramai beratur di stesen minyak berdekatan. Pasti!

Rata-rata mengeluh lagi, bukan hanya yang sudah berkahwin begitu juga yang bujang macam kami.
Kenaikan harga minyak walaupun sebanyak RM0.20 sen memberi kesan yang cukup tinggi bagi rakyat terutama yang dah berkahwin.

Bagaimana pula yang bujang? Adakah benar tiada kesan pada mereka yang ibaratnya tiada tanggungan?


Perlu ingat, disebabkan RM0.20 sen, pasti segala harga barangan lain akan naik juga.

Ini 7 Kesan Kenaikan Harga Petrol Pada Orang Bujang

1-Kos kehidupan yang tinggi untuk pelajar.

Bagi mereka yang sedang belajar, kenaikan harga minyak menyebabkan kos kehidupan semakin meningkat naik dan sudah pasti pinjaman belajar tidak mencukupi untuk menampung pelajar.

Sebagai contoh, belajar di Kuala Lumpur sebuah negari yang pesat membangun dan mempunyai kos kehidupan yang tinggi,  kenaikan harga minyak memberi kesan yang hebat untuk mereka.

Sebelum ini baki selepas ditolak bayaran yuran hanya tinggal RM800 , dan ia menjadi keluh kesah di hujung setiap semester. Kalau harga minyak naik lagi, apa akan jadi pada mereka?

Ya, mungkin kena ikat perut dan mungkin terpaksa bekerja sambil belajar. Atau mungkin jumlah pinjaman akan dinaikkan? Sama-sama kita berdoa! heh

2- Pinjaman belajar

Selepas tamat belajar, kena fikir pula cara nak bayar pinjaman belajar. Semakin hari kos hidup semakin meningkat. Macam mana nak habis bayar pinjaman? Ditambah pula dengan bayaran kereta tiap-tiap bulan, sewa rumah dan juga keinginan nak berkahwin.

Pasti menjadi beban pada mereka. Belum habis satu masalah, tambah lagi satu masalah. Kerja hanya untuk membayar pinjaman belajar.

3- Hantaran dan perkahwinan

Bagi mereka yang bujang dan hendak berkahwin, pasti runsing dengan kenaikan minyak. Pasti harga barangan hantaran makin meningkat. Kos persediaan kahwin juga akan meningkat.

Ya, pasti ada yang akan cakap “Kahwin buat simple sahaja. Tak usah pening kepala. Zaman sekarang semua nak buat havoc, tapi tak mampu”.

Tapi kena ingat, impak kenaikan minyak sangat kuat. Setiap apa yang nak beli pasti ada peningkatan harga.

Seperti barang mentah untuk jamuan, ataupun pakej katering. Semudah mana pun tetap ada kesan.

Duit hantaran? Kedua pihak kena ada budi bicara. Dengan kenaikan ini, pasti ada lagi banyak perbelanjaan selepas kahwin.

Jangan sampai bilangan andartu semakin meningkat ataupun mungkin ramai anak dara yang mencari suami orang disebabkan yang bujang tak mampu! haha

Atau mungkin, statistik anak luar nikah makin meningkat juga? Nauzubillah.

4- Kereta

Kalau kereta kancil sebulan isi minyak hanya RM50 untuk seminggu, disebabkan harga minyak meningkat naik, mungkin dah jadi RM60. Yang bujang mungkin perlu menggunakan pengangkutan awam. Itu lebih baik.

Tapi tak semua tempat ada kemudahan pengangkutan awam. Terpaksa juga menaiki kereta. Tak pun teksi. Mungkin selepas ini kena berjimat di bahagian lain bagi yang bujang.

5- Rumah

Ramai yang mengeluh tidak dapat miliki rumah sendiri selepas pengumuman GST. Sekarang sebelum GST dilaksanakan, harga minyak pula naik. Pasti harga rumah akan meningkat naik juga sebelum masanya.

Bukan yang bujang sahaja, yang dah berkahwin juga sukar hendak miliki rumah sendiri. Rata-rata hanya mampu menyewa. Keluh kesah untuk miliki rumah berlarutan lagi terutama di bandar Kuala Lumpur.

Kalau begini, bila agaknya kita mampu miliki rumah? Kalau gaji pun seciput sahaja dan harga semua naik belaka?

6-Gangguan emosi

Kenaikan harga minyak pasti memberi gangguan emosi kepada yang bujang atau yang baru tamat belajar. Tak sempat nak buat simpanan, duit gaji habis pada kos sara hidup.

Di tambah pula dengan desakan keluarga disuruh berkahwin, dengan pinjaman belajar yang tak habis bayar lagi pasti memberi tekanan emosi.

Jangan sampai kita jadi seperti negara Jepun yang mempunyai statistik bunuh diri yang tinggi akibat tekanan hidup.

7- Kos ‘lepak’ makin tinggi

Ini yang biasa pergi melepak bagi yang bujang. Kos melepak biasanya air teh o ais RM1.20 paling murah dengan roti canai kosong RM1.30. Sekarang merasa la hidup dengan kos lepas yang tinggi.

Harga minyak naik, harga gula pasti naik! Esok jangan terkejut harga air teh o ais naik lagi RM0.20. Jangan kata harga minyak tak ada kesan pada yang bujang. Sungguh haru sekarang.

Tapi pilihan di tangan anda. Boleh hidup dengan tanpa ‘lepak’!.

Kesimpulannya, semua yang berkahwin atau bujang merasa dengan kenaikan harga minyak. Cuma hidup kena pandai buat percaturan. Apa yang boleh dikurangkan, elok dikurangkan. Apa yang perlu dielakkan, berusaha elakkan.

Kita tak dapat nak lari dengan kadar kenaikan harga setiap tahun. Pasti ada.

Masih anda ingat pada tahu lepas, kenyataan dikeluarkan “Kenaikan harga minyak tidak membebankan”. Sekarang tahun 2014, apa kata anda?

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies