Type Here to Get Search Results !

Bukti Majikan Tidak Berhati Perut Paksa Pekerja Abaikan Keluarga Dilanda Banjir


Majikan Tidak Berhati Perut Paksa Pekerja Abaikan Keluarga Dilanda Banjir

Satu salinan gambar WhatsApp di antara seorang majikan dan pekerjanya tersebar di laman sosial gara-gara tindakan majikannya yang dilabel tidak berhati perut.

Individu terbabit kecewa dengan tindakan majikannya, memuat naik gambar berkenaan di laman sosial.

Berdasarkan gambar tersebut, individu malang itu pada mulanya memaklumkan kepada majikannya yang dirinya tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana rumah ibu bapanya di kampung dilanda banjir. 


Namun, alasannya itu tidak diterima oleh majikannya. Malah, dia juga turut diarahkan balik ke Kuala Lumpur kerana banyak kerja yang tertangguh di tempat kerja.

Individu itu cuba merayu dan memohon situasi keluarganya yang terpaksa menghadapi bencana banjir. 

Bagaimanapun, majikannya tetap berkeras dan mahu dia kembali ke Kuala Lumpur. Majikannya turut mengugut akan memecatnya jika dia tidak datang kerja pada keesokkan hari.


Alangkah kejam jika mempunyai majikan seperti ini. Tidakkah dia faham bahawa keluarga pekerjanya perlu diutamakan berbanding kerja-kerja yang tertangguh? - MYMEDIAHUB

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies