Type Here to Get Search Results !

Filem Lelaki Harapan dunia tidak akan ditapis semula

"Lelaki Harapan dunia" tidak akan ditapis semula

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Filem komedi "Lelaki Harapan Dunia" yang dikatakan memperlekehkan kaum Melayu tidak akan ditapis semula oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Memetik laporan Malay Mail Online, kenyataan itu dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah organisasi tersebut iaitu Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, selepas mereka tidak menerima sebarang permohonan berkenaan penapisan semula filem tersebut.

"Untuk sekarang, "Lelaki Harapan Dunia" tidak akan ditapis semula. Tidak ada sebarang cadangan atau pun permohonan yang diterima mengenai filem tersebut. Buat masa sekarang, tidak ada maklumat diterima mengenai filem tersebut."

Picture
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Liew Seng Tat di Facebook.

Sebelum ini pengarah filem tersebut iaitu Liew Seng Tat memuat naik kenyataan di laman sosial Facebook dan meminta agar orang ramai untuk menonton "Lelaki Harapan Dunia" secepat mungkin selepas dikhabarkan ia akan ditapis semula oleh LPF.

"Hai kawan-kawan, disebabkan isu yang ditimbulkan oleh segelintir orang, Lembaga Penapisan Filem ingin mengkaji semula "Lelaki Harapan Dunia". Tolong tonton sekarang jika anda belum menontonnya lagi. Saya tidak pasti apa akan berlaku kepada filem ini nanti. Jika filem ini dilarang, ia memang tidak munasabah. Saya harap pihak yang berkenaan akan mempertimbangkan isu ini dengan betul," seperti dipetik daripada kenyataan Liew di Facebook.

Filem yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 27 November lalu telah mencetuskan kontroversi dan dikecam hebat kerana dikatakan tidak menjaga sensitiviti dan memperlekehkan kaum Melayu serta agama Islam.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies