Luahan Hati Pengguna Proton Kerana Tidak Tahu Kepada Siapa Harus Minta Tolong.
Pembelian barang ini seolah-olah macam nasib, kadang-kadang kita baru beli benda kita dapat berkualiti dan kadang-kadang barang yang dibeli terdapat masalah.
Begitulah terjadi kepada seorang pemilik kereta nasional ini apabila kereta yang dibeli mempunyai masalah dari awa pembeliannya dari tahu 2010 hingga sekarang yang telah menulis meluahkan perkara ini di media sosial.
Dimana keretanya mempunyai pelbagai masalah dan dihantar kepada pihak proton tetapi jawapan yang diberi oleh pihak proton kepadanya adalah tidak amsuk akal seolah-olah cuba melepaskan diri.
"Kami sekadar mengetengahkan masalah pengguna, tiada niat hendak memburukkan mana-mana pihak. Harap pihak yang terlibat ambil serius perkara ini kerana melibatkan hal nyawa"
Mari kita baca kisah luahan pengguna ini.
"SAYA telah membeli sebuah kereta Proton Pesona pada tahun 2010. Sehari selepas keluar dari "bilik pameran" kereta saya mengalami masalah iaitu kereta kehilangan kuasa pecutan dan mati di tengah jalan. Sebagai pengguna kita faham akan sedikit kerosakan dan percaya pihak pengeluar akan membaikinya sebaik mungkin.
Sangkaan saya meleset kerana selepas kejadian pertama, berlaku lagi beberapa bulan kemudian dan terus berlaku sehingga kali yang ke empat. Memandangkan masalah yang berlaku mengancam nyawa saya dan keluarga, saya mula takut untuk menggunakan kereta tersebut. Bayangkan ketika memandu di lebuh raya kereta hilang kuasa dan mati secara tiba-tiba. Ada antara kejadian yg menyebabkan saya dan Isteri hampir-hampir dilanggar oleh pengguna jalanraya lain.
Yang lebih menyakitkan hati, Pihak Proton tidak dapat mencari punca kerosakan sebaliknya mula mencari alasan daripada bertanggungjawab. Alasan yang di berikan adalah pemain DVD yang saya baru pasang beberapa bulan sebelum karosakan kali ke empat. Untuk memuaskan hati saya terima walaupun rasa diri terlalu ***** untuk terus di per*****kan. Memang alasan mereka meleset, kejadian sama berulang lagi beberapa bulan selepas itu. Untuk pengetahuan, pemain DVD tersebut tidak ada sewaktu kerosakkan pertama hingga ketiga. Pihak Proton sendiri mengakui akan hal ini.
Memandangkan kerosakan yang berulang kali dan saya minta pihak Proton untuk mengeluarkan surat jaminan yang perkara ini tidak berlaku lagi. Berbulan-bulan saya tunggu pihak Proton bagi jawapan. Memang hampa. Akhirnya selepas tiga bulan menanti saya ambil keputusan untuk bawa perkara ini ke mahkamah.
Nasihat daripada kawan-kawan yang pernah bekerja di Proton memang benar. Apa juga alasan Mereka cakap Proton pasti menang. Saya kalah hanya di sebabkan resit pembelian DVD tidak disertakan.
Yang lebih pelik lagi Proton menang tuntutan parking kereta yang saya tidak ambil sejak dari hari kereta itu rosak. Peliknya sudah lah Pihak Proton tidak pernah menghubungi saya untuk mengambil malah tiada sebarang notis agar saya mengambil kereta tersebut agar tidak di kenakan sebarang bayaran. Proton mendakwa telah menghantar surat menggunakan pos biasa. Tapi saya memang tidak pernah terima apa-apa surat daripada Proton agar mengambil kereta itu.
Sudah jatuh ditimpa tangga, saya turut diminta membayar kos penyimpanan kereta sebanyak RM13,000. Begitulah nasib rakyat marhaen seperti saya."
Sumber luahan: Harakah Daily
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date

* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.