Type Here to Get Search Results !

Video : Hajat manusia untuk ditelan anaconda tidak kesampaian

Paul Rosolie tidak jadi ditelan anaconda
Video : Hajat untuk ditelan anaconda tidak kesampaian

Los Angeles : Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya 'ditelan hidup-hidup' seekor ular untuk aksi lagak ngeri televisyen kini ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas sebahagian kepalanya dibaham.

Terdahulu Rosolie merancang untuk ditelan dirinya oleh anaconda secara langsung dalam sebuah rancangan televisyen.

Dalam rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan 10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.

Berpakaian sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.

Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu.

Namun, ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' akibat belitan itu, dia mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies