Type Here to Get Search Results !

Bila Bank Palsu Di China Perdaya Duit Pelanggan RM116 Juta


Bank Palsu Di China Perdaya Duit Pelanggan RM116 Juta

Sebuah bank palsu yang lengkap dengan kaunter canggih serta dengan petugas yang berpakaian seragam wujud di China sekaligus membuatkan pemerintah negara itu menjadi pusing selain berhadapan dengan isu duit palsu yang mana melibatkan mata wang rasmi yuan.

Menurut satu laporan pada Sabtu dari sebuah media tempatan, bank palsu itu terletak di bandar raya Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China. Apa yang peliknya, bank tersebut sudah setahun beroperasi tanpa masalah dengan pelanggan mereka yang melebihi 200 orang.

Berdasarkan siasatan polis, bank ‘hantu’ itu sebenarnya adalah sebuah koperasi luar bandar yang tiada lesen operasi bank oleh pihak berkuasa China. Meskipun begitu, bank tersebut berjaya mengutip deposit daripada orang ramai sehingga 200 juta yuan (RM116 juta).



Menurut laporan agensi berita rasmi China, Xinhua pula, ‘bank’ bersaiz mini itu dikenali sebagai Nanjing Mou Village Economic Cooperation. Bank itu turut menarik ramai pelanggan sektor perniagaan kecil dari wilayah berjiran, Zhejiang.

Bank yang menyerupai imej bank wilayah milik pemerintah akhirnya tebongkar
Kegiatan bank itu terbongkar setelah seorang usahawan tempatan dikenali Wang dari Hangzhou mahu menuntut semula simpanan terkumpul dirinya sebanyak 12 juta yuan (RM6.9 juta).

Ahli perniagaan tersebut yang marah lalu membuat laporan polis setelah pihak bank tersebut enggan memulangkan semua wang deposit miliknya. Selain itu, pihak bank itu juga menafikan pernah menjanjikan kadar pulangan faedah sebanyak dua peratus seminggu.

Bagaimanapun, dalang bank palsu tersebut Liu dan empat orang pembantunya termasuk seorang wanita berjaya diberkas polis ketika cuba melarikan diri ke Macau dengan membawa wang deposit pelanggan mereka.

Kebanyakan mereka yang terpedaya dengan bank palsu tersebut adalah penduduk tempatan. Mereka mendepositkan wang mereka kerana janji manis bank tersebut yang akan memberi faedah lumayan yang mana kadar jauh lebih tinggi berbanding bank-bank rasmi yang lain.

Sumber: Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies