Type Here to Get Search Results !

Jackie Chan Dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah Yang Membawa Gelaran Datuk


PELAKON HONG KONG JACKIE CHAN KINI BERGELAR DATUK CHAN SONG KANG Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang akan membawa galaran Datuk hari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau berada di dalam senarai 365 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat yang didahului
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.


Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.


Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop serta anggota Majlis Ter*tinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.


Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd. Ashraf Abdullah turut menerima darjah tersebut.


Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya ialah Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, dan Datuk Mohammad Kazim Elias.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies