Type Here to Get Search Results !

Kes Liwat 2: Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun


Kes Liwat II: Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini dan kekal bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membuat keputusan itu selepas membaca rumusan dan keputusan kes terhadap Anwar selama hampir dua jam.

Oleh itu hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dikekalkan.

Bagaimanapun, pada masa ini prosiding ditangguhkan bagi membolehkan peguam Datuk Gopal Sri Ram menyediakan rayuan bagi mengurangkan hukuman.

Anwar, 68, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Nombor 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Bagi perbuatan itu Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Metro

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang selasa 10 Februari 2015.

Mahkamah Persekutuan mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.

Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Anwar, Gopal Sri Ram telah meminta masa sehingga jam 1 untuk proses mitigasi.

Keputusan itu disampaikan selepas perbicaraan selama lapan hari, menjangkaui jadual asal perbicaraan selama dua hari.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus tentang sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Walau bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
  
Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.



Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.   

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1.
    
Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies