Type Here to Get Search Results !

Kisah Temubual Eksklusif Bersama Pelajar Genius Sufiah Yusof

Temubual Eksklusif Bersama Pelajar Genius Sufiah Yusof

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Nama Sufiah Yusof, 30 pernah mengemparkan suluruh dunia dengan kepintarannya yang luar biasa sehingga mencipta rekod pelajar termuda yang memasuki Universiti Oxford seawal 13 tahun.

Namun, pada tahun 2008, nama Sufiah sekali lagi menjadi sebutan apabila dia mula terlibat dalam pekerjaan seks atau "Call Girl".


Malah kerajaan Malaysia juga turut berusaha untuk menyelamatkan Sufiah dan membawanya pulang ke tanah air.

Menceritakan detik itu dalam rancangan Nona baru-baru ini, Sufiah mengakui tentang perkara tersebut malah pekerjaan yang pernah dilakukan di flat murah di Salford, Manchester terpaksa dilakukan demi menyara kehidupan.

“Memang betul, saya terlibat dengan industri seks selepas gagal dalam perkahwinan dengan pelajar undang-undang, Jonathan Marshal pada 2004. Mereka (wartawan) cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya dapat merakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil.

“Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali. Malah, ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal dan setiap hari saya menerima pelbagai e-mel berbentuk ugutan.

“Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu,” katanya dalam rakaman temuramah rancangan berkenaan.


Sufiah juga mengakui sudah lama tidak berhubungan dengan keluarganya di Malaysia dan hubungan kekeluargaan itu mula renggang sejak dia berusia 15 tahun lagi.

“Saya selesa dengan cara hidup sekarang dan tinggal dengan rakan-rakan. Semakin dewasa, saya lebih memahami dan semua orang tidak mempunyai nilai dan aspirasi yang sama.

“Setiap orang bebas membuat pilihan selain mampu menangani setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat. Saya tidak bermaksud masyarakat setuju dengan apa yang saya lakukan kerana mereka bebas menjalani kehidupan yang dimahukan,” katanya.

Ditanya kenapa dia bersetuju untuk ditemubual setelah sekian lama melarikan diri daripada media, Sufiah menjawab; dia mahu laporan yang lebih baik tentang dirinya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

“Saya faham ketika itu ramai yang mengambil berat dan memberi sokongan walaupun tidak mengenali saya.

“Ketika menjadi buruan pada 2008, saya tahu terdapat rakyat Malaysia yang prihatin dan amat menghargainya,” katanya.

SeriusHaha: Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Sufiah Yusof.



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies