Sebenarnya kami tidak sampai hati untuk menulis artikel ini.
Kisah seorang juruterbang Jordan yang ditangkap, dikurung kemudian di bakar hidup-hidup amat memilukan hati. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap kezaliman itu.Menurut isteri kepada Kapten Moaz Al-Kasasbeh, 26, iaitu Anwar Tarawneh, dia hanya mengetahui tentang suaminya hanya melalui laman sosial Facebook. Pertama kali dia membaca tentang suaminya melalui status "Rest In Peace Muath" atau Rehatlah dengan aman Muath (Moaz).
Anwar Tarawneh sempat hidup berumahtangga dengan Kapten Moaz hanya untuk lima bulan sebelum arwah ditangkap oleh ISIS. Suaminya telah menjadi tebusan ISIS selama lima minggu selepas pesawatnya ditembak jatuh di Raqqa.
Kedukaan hatinya telah ditenangi dengan kedatangan Permaisuri Rania dari Jordan bagi melawat keadaan Anwar selepas peristiwa menimpa suaminya tersebar.