Type Here to Get Search Results !

Alahai! Upacara Cium Duit Dalam Seminar MLM Untuk Jadi Jutawan La Pulak


Upacara Cium Duit Dalam Seminar MLM Untuk Jadi Jutawan

Kegilaan apakah manusia hari ini untuk menjadi kaya, orang suruh cium duit, dia cium duit. Jangan nanti suruh cium tahi pergi cium juga sudahlah. Menurut maklumat yang diterima, gambar-gambar ini diambil ketika seminar Multi Level Marketing (MLM) yang dikatakan semakin dikenali.

Upacara mencium duit ini dilakukan mereka dengan alasan ianya bakal merubah hidup menjadi jutawan. Lupakah mereka, rezeki itu datang dari Allah.


Wang ringgit bukan satu-satunya rezeki yang Allah berikan kepada hambanya. Kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan segala kebaikan kepada diri kita juga merupakan rezeki dari Allah.


Dari sibuk mencium duit tu seorang demi seorang, sudah memadai ramai-ramai menadah tangan dan berdoa minta pada Allah. Itu jauh lebih baik dan mengikut apa yang diajarkan agama kita tanpa perlu diselitkan dengan ritual mencium duit.

Dalam mengejar kesenangan hidup, usahlah kita memperhambakan diri pada duit. - Sumber

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies