Type Here to Get Search Results !

Awas! Periksa Telefon Suami Tanpa Kebenaran Adalah Satu Jenayah, Boleh Didenda Lebih RM500 Ribu

Hukuman penjara selama setahun serta dendasebanyak 500,000 riyal (RM 557,961.80) boleh dikenakan ke atas salah seorang pasangan mereka yang didapati bersalah menghantar apa-apa informasi kepada alat peranti lain yang boleh diakses mereka sahaja.
Amalan Periksa Telefon Suami Tanpa Kebenaran Adalah Satu Jenayah, Boleh Didenda Lebih RM500 Ribu

Tahukah anda bahawa di Arab Saudi, jika anda memeriksa telefon bimbit milik pasangan anda tanpa pengetahuan mereka kerana berasa was-was dengan kesetiaan mereka, anda boleh berdepan dengan hukuman penjara serta denda sebanyak 500,000 Riyal (RM 557,961.80).

Di Arab saudi, suami ataupun isteri yang ditangkap mengintip ataupun memeriksa telefon bimbit pasangan mereka dengan tujuan untuk membuktikan bahawa pasangan mereka berlaku curang terhadap mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, atau denda 500,000 Riyal (RM 557,961.80), ataupun kedua-duanya sekali.

Menurut sumber undang-undang, hukuman tersebut akan dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bersalah mengakses telefon bimbit pasangan mereka tanpa kebenaran.


Hukuman penjara selama setahun serta dendasebanyak 500,000 riyal (RM 557,961.80) boleh dikenakan ke atas salah seorang pasangan mereka yang didapati bersalah menghantar apa-apa informasi kepada alat peranti lain yang boleh diakses mereka sahaja.

Jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dantidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan.

Abdul Aziz bin Batel yang merupakan seorang peguam dan penasihat undang-undang menyatakan bahawa, apa-apa jenayah yangmembabitkan penggunaan komputer, telefon bimbit, serta kamera termaktub di bawah akta jenayah siber dan akan dikenakan hukuman terhadap si pelakunya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies