Type Here to Get Search Results !

Kuan Chee Heng bawa bas untuk anak PPR!


Kuan Chee Heng bersama bas yang digunakan untuk membawa anak-anak PPR bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Uncle Kentang | Bas ini bukan untuk saya. Bas ini untuk bawa anak anak miskin PPR bersiar siar. Supaya mereka tak kusut fikiran asyik duduk kat flet PPR. Saya buat rombongan Happy Dan Makan. Bawa mereka pusing KLCC waktu malam.. Dan bawa ke Dataran Merdeka untuk lari atas padang dataran... ini lah sikit sumbangan yang saya boleh beri pada anak anak PPR...
Uncle Kentang bawa bas untuk anak PPR, ‘tak kusut fikiran asyik duduk flat’

Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (COP), Kuan Chee Heng menyatakan bas sekolah yang dimiliki persatuan beliau adalah untuk kegunaan orang awam terutamanya golongan susah seperti penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Puchong dan kawasan sekitar.

Memuat naik hantaran di Facebook, Kuan atau lebih mesra gelaran Uncle Kentang menyatakan tujuan membawa kanak-kanak PPR kerana mahu memberi peluang kepada mereka melihat keindahan ibu kota.



“Supaya mereka tak kusut fikiran asyik duduk dekat flat PPR. Saya buat rombongan gembira dan makan. Bawa mereka pusing KLCC waktu malam dan bawa ke Dataran Merdeka untuk lari atas padang,” katanya.

Dihubungi, katanya tindakan itu dibuat kerana kasihan melihat keadaan anak-anak warga PPR yang tidak berkesempatan bersiar-siar bersama keluarga.

Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa pulang lewat dari kerja dan kekurangan wang menjadi punca anak-anak PPR tidak berpeluang berbuat demikian.

“Bas ni low cost impact (impak kos rendah), berapa ratus je untuk minyak lepas tu kita boleh bawa mereka jalan-jalan sekitar KL beramai-ramai.

“Sambil menikmati pemandangan, kita juga boleh bagi motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka supaya berjaya,” katanya.

Beliau mengalu-alukan permintaan pelbagai pihak yang kurang berkemampuan daripada PPR di kawasan terdekat.

Menurutnya, setakat ini PPR Bukit Jalil dan kawasan sekitar Puchong telah mendapatkan perkhidmatan bas daripadanya.

“Sambil bersiar-siar, kita beri peluang pada mak bapak dapat rehat di rumah waktu cuti,” tambahnya, menyifatkan kanak-kanak PPR pelbagai kaum suka bergaul dengannya kerana peribadinya yang ramah.

Uncle Kentang menambah, perkhidmatannya disediakan secara percuma dan kegiatan bersama anak-anak PPR dilakukan tanpa mengira waktu sama ada pada cuti sekolah atau tidak.

“Tak kira cuti atau tak. Ikut budak-budak tu nak jalan-jalan bila,” katanya.

Selain membawa anak-anak PPR, bas yang diperoleh hasil ihsan seorang penderma sejak lebih setahun lalu itu sering digunakan pihak sekolah di kawasan Puchong dan juga membawa rombongan pusat penjagaan orang tua-tua.

Perkongsian kisah bas sekolah Uncle Kentang itu mendapat 5,700 tanda suka daripada pengikutnya.

Kebanyakannya memuji usaha kebajikan yang sering dilakukan beliau tanpa mengenal erti penat dan jemu.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies