Type Here to Get Search Results !

Bahana jadi Artis, Anak lupa Wawa Zainal sebagai ibunya


Anak lupa Wawa Zainal sebagai ibunya.. (8 gambar)

Kalau dilihatkan adalah agak logik kalau anak yang masih belum mengenali ibu dan ayahnya ketika masih kecil lagi. Memang itu yang tidak dinafikan oleh Wawa Zainal terhadap anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar.

Menurut Wawa yang memetik portal Utusan, anaknya bakal tidak mengenali dirinya jika dia kerap berlakon drama/filem yang memerlukan shooting yang panjang waktunya. Ini pernah terjadi ketikamana Wawa berada di Sarawak untuk 2 minggu.

Wawa mahu menghabiskan masa sehariannya dengan anaknya sahaja.
“Kalau ada tawaran berlakon drama, saya tidak akan terima drama yang mempunyai episod yang panjang kerana komitmen sebagai ibu.

“Kecuali telemovie atau drama yang hanya mengambil tempoh untuk 13 episod sahaja, itu akan saya pertimbangkan untuk terima,”

“Sebelum ini saya pernah terima tawaran untuk sebuah drama yang panjang dan memerlukan saya berada di lokasi kira-kira dua minggu di Sarawak.

“Balik dari Sarawak sahaja, anak saya sudah tidak kenal dengan saya. Menangis-nangis dia bila saya dukung.

“Akibat daripada itu yang saya buat keputusan untuk tidak ambil lagi tawaran yang memerlukan masa yang panjang atau memerlukan saya berada di luar ibu kota dalam tempoh masa yang panjang,”

“Buat masa ini anak saya masih lagi kecil, itu yang saya tidak mahu ambil tawaran. Mungkin bila dia sudah berusia dua atau tiga tahun, saya akan kembali menerima tawaran drama panjang,” -Wawa Zainal

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies