"Diana Danielle Bertudung Untuk Watak Sahaja, Belum Sepenuhnya" - Farid Kamil
Melihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan oleh pelakon cantik Diana Danielle menerusi laman sosial Instagram semenjak dua menjak ini pasti ramai yang bertanya adakah Diana kini sudah berhijab sepenuhnya?
Maka persoalan itu ditanyakan kepada suami Diana yang juga seorang pelakon terkenal iaitu Farid Kamil. Menurutnya, Diana mengenakan tudung untuk memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama yang berjudul Perempuan Lindungan Kaabah dan juga sebuah lagi telefilem lain.“Dia memakai tudung adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah. Malah, baru-baru ini juga pun ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung. Namun buat masa ini, dia belum lagi bertudung sepenuhnya,” jelasnya.
Ditanya tentang adakah Diana masih lagi cemburu dengan pelakon cantik Nora Danish dek kerana insiden yang berlaku baru-baru ini, Farid menjelaskan isterinya kini seorang profesional dan lebih memahami.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date