Type Here to Get Search Results !

Lelaki ini berang tinggalkan tunang kerana Bermekap Seperti Orang Tua


Ditinggalkan Tunang Kerana Mahu Bergambar Pra-Perkahwinan Dengan Solekan Seperti Warga Emas

Gara-gara mahu merakam gambar pra-perkahwinan dengan solekan seperti warga emas, seorang wanita ditinggalkan tunangnya di lokasi penggambaran.

Menurut sumber, wanita itu sengaja mengenakan solekan kelihatan tua untuk menguji tunangnya. Dia bertanya kepada tunangnya, apakah tunangnya akan mencintainya waktu usianya mencecah 70 tahun?

Jika benar, maka sudah tentu tunangnya itu tidak kisah jika gambar pra-perkahwinan mereka diambil dalam keadaan dia kelihatan seperti warga emas.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan tunangnya. Lelaki itu mengutuk wanita dan membuang cermin matanya ke tanah, terus meninggalkan wanita itu menangis tanpa memujuknya.





Wanita itu turut mendedahkan tunangnya itu seorang lelaki buaya dan pernah mempunyai ramai kekasih. 

Apabila ditanya wartawan mengapa sanggup berkahwin dengan lelaki itu memandangkan bakal suaminya itu kaki buaya, dia menjawab "Sebab dia layan saya dengan baik".


Terdapat spekulasi mengatakan bahawa kejadian itu sebenarnya hanyalah sekadar gimik untuk publisiti. - Daily Mail

Nota Kaki: Nak uji bakal suami, akhirnya memakan diri. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies