Sepanjang hari ini rakyat Malaysia bertumpu kepada rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibebaskan daripada tuduhan meli-wat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan — yang pastinya tidak akan kami ulas.
Menariknya ketika bercakap kepada mahkamah hari ini, Anwar Ibrahim mendedahkan yang aktor popular Hollywood Mel Gibson ada menghubungi beliau bertanyakan sama ada pelakon itu perlu mengeluarkan kenyataan, lapor Malaysiakini.“Saya berkata anda boleh buat, tetapi bukan menyokong minum (minuman keras). Dia beritahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik,” kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Mel Gibson. (rtky/m)