Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya sebagai ayah kepada Osman, pelajar tahun 1, jurusan undang-undang di Universiti Malaya (UM) amat kesal di atas situasi di UM malam semalam.
Kekesalan dan kesedihan ini disebabkan anak saya dibabitkan dengan soal peribada saudara dan keluarga. Ia tidak langsung membabitkan keluarga terutamanya anak saya.
Saya bekerja bertungkus lumus isang malam untuk mencari wang dan nafkah bagi membiayai pelajaran anak saya agar anak saya menjadi seorang yang terpelajar dan seterusnya merubah kehidupan keluarga petani.
Osman adalah anak sulung dari lapan adik beradik yang turut bersekolah remdaj dan menengah. Jika Osman gagal di dalam pelajarannya, ia tidak akan dapat merubah keluarga ini.
Saudara Anwar, apakah saudara mengetahui betapa pahitnya menjadi bapa kepada sebuah keluarga yang miskin?
Anak saya dihantar ke UM bukan untuk terlibat politik saudara tetapi untuk menjadikan keluarga ini lebih terjamin masa hadapan.
Saudara pun tidak pernah memberi bantuan apatah lagi mahu melawat keluarga ini.
Saya berjanji dan bersumpah tidak akan merelakan perbuatan saudara sampai bila-bila.
Haji Yusof