Type Here to Get Search Results !

Polis, DBKL Serbu Perkhemahan ‘Occupy Universiti Malaya (UM) ’


Polis, DBKL Serbu Perkhemahan ‘Occupy UM’

Sepasukan anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul untuk menggempur tapak perkhemahan 'Occupy UM' pada petang ini.

Pasukan itu tiba pada kira-kira jam 3 petang dan di hadapan pintu masuk Universiti Malaya (UM) petang ini dengan dua kereta polis dan satu trak DBKL.

Dalam keadaan hujan lebat, para mahasiwa berkenaan menurut arahan tersebut dan merobohkan khemah berkenaan.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Safwan Shamsudin berkata, mereka mempertimbangkan untuk mendirikannya semula kelak.

“Kami sudah menurunkan khemah yang kami dirikan, kerana kami tak mahu mereka angkut khemah kami.

"Mungkin kami akan naikkannya semula nanti," ujarnya kepada Malaysiakini.

Katanya, pihak DBKL turut mengarahkan mereka menurunkan salah satu helaian plastik yang dijadikan tempat mereka berteduh.

Tambahnya, kumpulan mahasiswa itu enggan menurunkannya kerana ia menjadi tempat mereka berteduh.

“Sekarang ni hujan lebat, kami cuma minta tempat untuk kami berteduh,” katanya.



Safwan berkata, walaupun khemah diturunkan, mahasiswa akan terus berkumpul sehingga UM menarik balik hukuman ke atas tujuh mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib.

Perkhemahan siswa berkenaan masuk hari kedua pada hari ini.

Sebelum itu berlaku rundingan selama sejam antara DBKL dan mahasiswa bagi mencapai kata putus slepas peserta ‘Occupy UM’ setuju menurunkan tujuh khemah yang didirikan dan lapan kain rentang yang dipasang sekitar kawasan itu.

Tinjauan Malaysiakini mendapati khemah telah diturunkan tetapi masih dilonggokkan di satu tempat di kawasan itu.

Lapan mahasiswa disiasat UM sebelum ini selepas menganjurkan program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Bagaimanapun seorang didapati tidak bersalah dan tujuh lagi dikenakan tindakan, termasuk digantung pengajian dan didenda.

Angkat sepanduk


Sementara itu, lewat petang ini, sekumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul sekitar kawasan depan pintu masuk UM bagi menyatakan bantahan mereka.

Mereka memegang sepanduk dengan slogan “Suara kami hak kami, Occupy UM”, “Kebebasan akademik” dan “Bebaskan mahasiswa”.

Mereka turut melaungkan slogan “Hidup mahasiswa” sambil disambut dengan bunyi hon kenderaan yang lalu lalang. - Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies