Type Here to Get Search Results !

8 FOTO GAMBAR KERETA MEWAH HANGUS TERBAKAR DI KM 113.8 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PLUS, ARAH UTARA (YONG PENG)

8 FOTO GAMBAR KERETA MEWAH HANGUS TERBAKAR DI KM 113.8 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PLUS, ARAH UTARA (YONG PENG)

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


8 FOTO ... SEBUAH KERETA MEWAH HANGUS TERBAKAR DI KM 113.8 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PLUS, ARAH UTARA (YONG PENG)

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 3.45 petang semalam. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Johor.

Punca kejadian masih disiasat.

Pernahkah anda tererempak dengan mana mana supercar yang terbakar dan musnah dijilat api di tepi jalan? Kalau tak pernah nampak depan mata pun, mesti pernah di akhbar atau internet. Kan?

Memiiliki Supercar semestinya merupakan idaman banyak pihak. Tak percaya? Tanyalah para pengguna Myvi. Mereka memiliki semangat yang seakan sama seperti pemilik Supercar. Sebab tu Myvi digelar ‘King of The Road’! Namun terdapat satu perbezaan antara Myvi dan Supercar di mana jarang sekali kita nampak Myvi terbakar secara tiba-tiba tanpa terlibat dalam kemalangan. Tapi berbeza dengan Supercar, benda ni macam selalu pula jadi pada mereka.

Tak percaya? Jom tengok sebahagian kompilasi Supercar yang kecundang dijilat api di Malaysia:

1. Ferrari F430 (anggaran harga: lebih RM900K)

Picture

Sebuah Ferrari model F430 ditemui terbakar sebelum dipadamkan bomba.

Ferrari dan api, ada lagi ke gandingan yang lebih serasi daripada dua ini? Model Ferrari F430 ini hangus terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), pada sekitar jam 2 petang, 27 Januari 2021.

Picture
*Kredit foto Harian Metro

Lebih memeritkan, Ferrari ini musnah 80 peratus, namun pemandunya sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kebakaran ini dapat dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tetapi punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

2. Lamborghini Aventador (anggaran harga: RM2 juta)

Picture

Lamborghini Aventador rentung setelah menjadi mangsa khianat.

Pada tahun 2020, sebuah Lamborghini Aventador kecundang setelah musnah 40 peratus setelah dijilat api di kawasan parkir di Pavilion Residences, Bukit Bintang. Kebakaran itu memusnahkan bahagian depan kenderaan terbabit, namun tidak dapat dipastikan sama ada enjin raksasa ini turut rosak kerana enjinnya berada di bahagian belakang. Kerugian yang ditanggung akibat kebakaran ini dianggarkan bernilai kira kira RM 1 Juta.

Picture
*Kredit foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Menariknya, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa kerana kereta itu difahamkan kosong ketika terbakar. Hasil siasatan polis, rupanya ia perbuatan khianat! Bahan bukti seperti mancis dan botol minyak turut ditemui. Jadi selain daripada terbakar akibat kesilapan teknikal, khianat turut menjadi salah satu sebab kenapa Supercar boleh terbakar!

3. Ferrari F458 (anggaran harga: lebih RM1.2 Juta)

Picture *Kredit foto Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Seorang lelaki berusia 40 tahun berjaya menyelamatkan diri selepas Ferrari F458 yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran bulatan Batu Caves, pada tahun 2019. Dalam kejadian awal pagi itu, kebakaran pada kereta yang berharga lebih RM1.2 Juta itu bermula di bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian pemandu. Pasukan bomba mengambil masa 10 minit sebelum dapat memadamkan api yang memusnahkan jentera hitam itu sepenuhnya. Tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran tidak diketahui.

4. Ferrari F458 Italia (anggaran harga: RM1.8 Juta)

Picture

kereta Aliff Syukri hanya perlu 10 minit untuk rentung sepenuhnya.

Sebuah lagi Ferrari F458 hangus 100 peratus di Lebuhraya KESAS pada Julai 2018. Menariknya, kereta ini milik seorang ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri. Menurut beliau, kereta yang dibeli pada harga RM1.8 Juta itu tiba tiba terbakar dan hanya mengambil masa 10 minit untuk memusnahkan kereta itu sepenuhnya.

*Kredit foto dan video mStar

Walau bagaimanapun, Datuk Aliff tiada di tempat kejadian dan kereta itu dipandu oleh seorang lelaki warga Australia ketika insiden ini berlaku. Kebakaran dikatakan berpunca di bahagian ekzos sebelum memusnahkan kereta mewah milik ahli perniagaan ini sepenuhnya. Ahli perniagaan itu turut memuat naik video beliau menangisi pemergian kereta mewahnya di laman Instagram peribadinya. Kalau Ferrari dah terbakar, mesti lah menangis!

5. Porsche 718 (anggaran harga: RM300K – RM600K)

Picture

Sebuah Porsche yang tidak bertuan ditemui terbakar

Porsche turut menjadi antara jenama Supercar kegemaran rakyat Malaysia. Tapi ia tidak terlepas daripada menjadi mangsa api yang marak. Porsche ini musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kilometer 36 Jalan Naik Genting Highlands, pada tahun 2018.

Picture
anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api pada kereta mewah tersebut*Kredit gambar Berita Harian

Walau bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta ini tiada di tempat kejadian ketika kebakaran ini dipadamkan oleh pihak bomba. Anggaran harga Porsche 718 ini bernilai sekitar RM300 Ribu hingga RM600 Ribu mengikut harga yang ditawarkan di Carlist.my.

6. Ferrari F430 (anggaran harga: RM900k)

Picture

Kebarakan kereta ini berpunca daripada api yang datang daripada bahagian enjin kereta,

Lagi Ferrari terbakar? Apa masalah Ferrari dengan api sebenarnya ni? Berdasarkan kejadian yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang pada tahun 2016 ini, seorang lelaki terselamat apabila Ferrari yang dinaikinya tiba-tiba terbakar ketika di tempat letak kereta. Menurut pihak bomba, ketika mereka tiba di lokasi, kereta tersebut sudah 50 peratus terbakar sebelum pihaknya memadamkan api tersebut setengah jam kemudian. Tambah pihak bomba, api tersebut dipercayai bermula daripada bahagian enjin sebelum disedari oleh pemilik kereta yang bergegas menyelamatkan diri. Anggaran kerugian serta punca sebenar tidak diketahui.

7. Lamborghini Aventador (anggaran harga RM1.2 Juta)

Picture

Lamborghini Aventador hangus namun pemandu dan penumpang selamat.

Sebuah lagi Lamborghini Aventador kecundang setelah rentung terbakar di Kilometer 113.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng, Johor. Kejadian yang berlaku pada 2014 ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa selepas pemandu lelaki dan penumpang wanita kenderaan terbabit sempat menyelamatkan diri apabila sedar kereta mereka mula terbakar. Menurut siasatan bomba, kebakaran berlaku ketika kereta sedang bergerak. Lamborghini yang rentung ini menyebabkan pemilik berdepan kerugian sebanyak RM1.2 Juta berdasarkan nilai kereta.

Daripada 7 kenderaan yang terdapat dalam kompilasi ini, 4 daripadanya merupakan model keluaran Ferrari, 2 Lamborghini dan sebuah Porsche. Berminat untuk dapatkan Ferrari atau mana mana Supercar dalam masa terdekat? Pastikan anda betul betul faham tentang keadaan Supercar tersebut bagi mengelakkan kebakaran secara tiba-tiba berlaku pada anda di masa hadapan!



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies