TUDUH LEE CHONG WEI SUDAH LAMA MENGAMBIL DADAH AKHIRNYA RAZIF SIDEK MELUTUT MOHON MAAF
Bekas pemain badminton negara, Razif Sidek sebelum ini pada 9hb November 2014 mendakwa bahawa Datuk Lee Chong Wei sudah lama mengambil dadah (yang dijumpai dalam ujian doping) dan sanggup mengupah seorang doktor untuk tujuan itu.Ujarnya, ramai pegawai termasuklah pemain-pemain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengetahui perkara itu namun didiamkan kerana ia melibatkan jaguh nombor satu negara.
"Sebelum ini susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh. Kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah lama.
"Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai tahu perkara ini. Malah, perkara ini turut mendapat pengetahuan daripada pemain-pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.
"Saya difahamkan dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.
"Bukankah saya cakap sebelum ini? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu, tetapi kisah ini telah dimaklumkan kepada saya oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri," ujarnya.
Chong Wei kini dikenakan penggantungan sementara dan hukuman sebenar akan diumumkan selepas Panel Pendengaran Doping Persekutuan badminton Dunia (BWF) selesai bersidang pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi.
Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway.
Bila diugut oleh Lee Chong Wei mahu saman akhirnya mengalah tunduk melutut mohon maaf dengan menyatakan nya secara terbuka diakhbar NST hari ini.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date