Type Here to Get Search Results !

Tun Mahathir Mohamed Setuju Suruhanjaya Diraja Yang Dipilih Rakyat Ditubuhkan Siasat 1MDB


Tun Mahathir Setuju Suruhanjaya Diraja Yang Dipilih Rakyat Ditubuhkan Siasat 1MDB

Tun Mahathir Mohamad bersetuju dengan saranan supaya satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun beliau menegaskan agar anggota Suruhanjaya Diraja tersebut perlu dipilih oleh rakyat dan bukannya ditentukan oleh Perdana Menteri penuh kontroversi, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya bersetuju dengan syarat ahli royal commission ini tidak dipilih oleh Najib, dipilih oleh rakyat melalui apa saja badan NGO yang ada, mereka pilih dan jadi anggota royal commission. Sekarang ini dia sudah suruh Audit Negara dan PAC buat pemeriksaan, saya khuatir pemeriksaan ini akan ambil masa dua tahun setengah, sampai pilihan raya, bila pilihan raya datang, masih dipimpin oleh Datuk Seri Najib sebab belum selesai jawapan dari badan-badan ini selepas dua tahun. Kalau kita ada royal commisssion ok lah, jangan suruh saya jadi anggota royal commission sudah lah," katanya menjawab soalan peserta program Bicara Negarawan di Muzium Kesenian Islam hari ini.




Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata, jumlah wang 1MDB yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan. Bekas Perdana Menteri itu turut membangkitkan urus niaga 1MDB yang disifatkan merugikan terutamanya dalam isu pembelian tanah kerajaan di sekitar ibu kota dan jana kuasa bebas.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies