Type Here to Get Search Results !

Cerita di sebalik individu bernama Dr Maszlee Malik.

Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau melakukan banyak kesalahan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Fuh. Lama juga aku nak faham apa yang berlaku. Terutama sekali cerita di sebalik individu bernama Dr Maszlee Malik.

Maszlee yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Khamis lalu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir dalam satu pertemuan sehari sebelum itu.

Bila viral gambar dia duduk dengan pemimpin UMNO-PAS, terkedu aku. Tapi bila fikir balik, aku boleh faham kenapa dia ada kat situ.


Masa tuh memanglah ramai orang marah. Dorang kata meleset harapan kat Dr Maszlee. Sepatutnya dialah yang paling berprinsip. Habislah segala hamun dan maki keluar. Aku sendiri tengok kecaman-kecaman ini daripada geng dia sendiri.

Sebenarnya sebelum viral gambar tu pun, dorang dah mula maki dia. Orang yang tak suka dia ni bukan orang lain.

Dan korang kena ingat, 2 bulan ni adalah bulan2 paling gila dalam hidup Dr Maszlee.

2 Januari lalu, hanya 60 hari dari segala kemelut ni berlaku, dia umum letak jawatan atas arahan Tun M.

Sekali lagi, siapa yang arah dia letak jawatan?

Tun M.

Leak sikit kandungan surat tu kat TMI. Aku baca serpihan dia. Terus-terang Tun cakap yang Dr Maszlee ni bukan team player, banyak keputusan tak rujuk parti dan sebagainya.

Tapi adakah dia tak perform? Tak. Sampaikan semua orang cakap yang itu semua tekanan DAP. Orang yg dia admire, suruh dia letak jawatan, ternyata entah apa alasannya sebab sudah tentu bukan sebab merit.

Sebab kalau ikut merit, makhluk bernama Waytha, Redzuan Kereta Terbang, nak letak mana?

Dia letak jawatan 2 Januari tu sorang diri. Tentu2 tak dapat pencen sebab tak sampai 2 tahun.

Dia keluar dari Pejabat Menteri dengan tangan kosong, semua hilang. Bukan dia sahaja, semua pegawai dia hilang kerja. Sekelip mata.

Waktu tu tak ada siapa yang bersuara. Baik Amanah, PKR, malah dari Bersatu sendiri. Senyap sunyi. Semuanya tak berani nak lawan Tun.

Dia kena pindah rumah. Kena mula balik hidup macam biasa. Tapi benda first dia buat ialah dia balik Simpang Renggam. Tenangkan penyokong2 kat sana. Dia kata dia reda dan patuh arahan.

Amanah, PKR dan semua MP baik menteri dan timbalan menteri tetap senyap sunyi.

Dan korang kena ingat siapa yang tak suka sangat Maszlee ni?

Siapa lagi kalau bukan orang keliling Tun. Aku ni sendiri dah banyak kena maki. Siapa yang terang-terangan kritik Maszlee masa billboard kempen membaca tu naik?

Ya, Kadir Jasin.

Dan siapa yang sangat riuh kritik tentang sistem pendidikan yang katanya masih lagi Islamik sangat?

Ya, Rafidah Aziz.

Dr Maszlee pun macam kita, manusia biasa. Ada perasaan sakit, sedih dan macam2 lagi. Tapi sikit pun dia tak melawan. Bahkan dia siap buat kenyataan lagi tetap sokong Tun.

Gila. Orang yang tendang kau macam guli pun kau boleh respek lagi. Tak paham aku.

Cuba letak diri kita kat tempat dia? Ingat senang nak tak rasa dendam, tak rasa sakit hati?

Itu baru Tun. Cuba kita tengok balik apa jadi kat dia masa dia jadi menteri dulu.

Dalam kenyataan dia dua hari lepas, dia tulis, dia tak boleh berkompromi dengan usaha merosakkan agenda Melayu-Islam.

Sebenarnya aku rasa ini adalah sebab kenapa dia mulanya berijtihad perlu gabung dengan UMNO-PAS.

Sebab?

Sebab dia sendiri terpaksa hadap benda2 macam ni. Tengok tiap2 hari geng2 islamofobia macam siti kasim apa tu hentam dia. Semuanya isu2 melayu-Islam.

Isu komik. Siapa yang lepaskan masuk ke sekolah?

Isu jawi, sampai 2 jam sebelum dia letak jawatan pun, Dong Zong masih hantar memorandum.

Isu matrikulasi, si Ramasamy pemimpin DAP tu dah macam gila meroyan hentam dia.

Siti Kasim, Fa Abdul, Stephen Ng, Ramasamy, Ronny Liu, jelas2 lawan dia, maki dia, bermusuh dengan dia.

Siti Kasim aku rasa tiap hari bangun pagi dia dah fikir, “Hari ni apa aku nak hentam Maszlee.”

Itu tak kira lagi benda2 yang dia fight semuanya temui jalan buntu. Dia fight untuk bantu agensi2 bawah KPM. Tapi MOF suruh tutup juga. Semua tu syarikat Melayu. Memang ada masalah tapi tu masalah yang dibuat kerajaan dulu.

Dia faham kenapa orang Melayu marah. Walaupun dia ni dari dulu kalau siapa kenal, sangat moderat.

Bila aku cuba letak diri aku kat tempat dia, terus aku sokong kenapa dia join bergabung dengan Muafakat Nasional.

Tapi bila dia ubah keputusan last minute, literally 10 minit sebelum Istana keluar kenyataan perkenan TSMY sebagai PM8, gila babi mind-blowing.

Aku tak faham. Kalau dia stay, aku boleh katakan 99% dia akan jadi menteri.

Tapi dia ubah semua tu, dia kembali kepada prinsip asal dia masuk politik. Dia terus sokong orang yang buang dia dulu. Dia terus stay dengan circle yang benci dia.

Apa yang ada dalam kepala dia ni?

Sebab tu bila aku baca semua orang yang maki dia dari both side (sebelum ubah keputusan, yang kekal benci terus membenci, selepas ubah, yang belah sana pula kecam), aku gelak je.

Literally kita tak akan pernah nak paham personal struggle dia. Satu masa, kalau kita diuji macam dia, duduk di tempat dia, entah survive ke tidak kita ni.

Apapun keputusan Dr Maszlee, aku sokong. Aku nampak dia ni ikhlas, jujur. Aku doakan dia terus berjuang. Malaysia perlukan orang yang letak prinsip dan kepentingan negara lebih dari kepentingan diri sendiri.

Terima kasih sebab terus bagi inspirasi kat kami, YB!

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Kemas kini Berita Terkini: klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies