Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh buat semua pembaca yang dirahmati..
Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW dan Ahlul Bay’t Baginda.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Hari ini, 1hb April 2014 membuka tirai buat kekita semua selepas Mac meninggalkan kita dengan misteri #MH370 yang masih belum terjawab secara penuh sehingga ke saat ini. Hari ini juga aku mengambil satu inisiatif (walaupun agak malas nak menulis) untuk ‘divert’ (alihkan) pandangan kita semua dari isu MH370 (sekejap) ke satu isu global yang lain. Mungkin... Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku.. Allah lebih mengetahui. Aku tak tahu apa-apa. Cuma apa yang aku nukilkan dalam artikel ini, ianya hanya bersifat pandangan peribadi aku semata-mata.. Tapi baca lah dulu ok.. Baca pelan-pelan.
Dalam pada kekita semua ralat dan sedih memikirkan untung nasib penumpang dan anak kapal MH370 dan dalam pada kekita semua berspekulasi perihal bunga-bunga angin perang dunia ke-3 (WW3) yang bakal dimulakan oleh Russia atau China atau Amerika Syarikat atau mungkin juga Korea Utara dalam masa terdekat ini, mungkin ramai umat Islam dunia khususnya di Malaysia (mengikut pemerhatian peribadi aku) yang tidak menyedari tentang kedatangan “Four Blood Moons” atau satu fenomena 4 kali bulan berwarna merah darah yang bakal berlaku dalam tahun 2014 ini dan tahun 2015 akan datang nanti.
Fenomena ini akan berlaku 2 kali tahun ini dan 2 kali tahun hadapan dan akan diselangkan dengan satu gerhana matahari ditengah-tengah peristiwa ini nanti. Blood Moon yang pertama hanya tinggal sekitar lagi 13-14 hari dari tarikh penulisan ini iaitu dijangka akan berlaku pada 14/15hb April 2014. Sama ada kita di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat menyaksikan fenomena ini belum dapat dipastikan lagi (perlu rujukkan ahli falak). Akan tetapi, fenomena ini telah disahkan oleh NASA (The National Aeronautics and Space Administration of United States) akan dapat dilihat diseluruh kawasan barat bumi termasuk di Jazirah Arab..
Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir aku melihat bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka ketika sedang berjalan kaki pulang dari beruzlah di Batu Belah). CUMA kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini DAN akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.
Persoalan yang mungkin sedang bermain di dalam minda pembaca artikel ini sekarang kemungkinannya ialah; “Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia..?” Jawabannya; “Iya pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya BUKAN diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.” Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak pelik sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari ditengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu.. Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali. Dan setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil...!
- 2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi MENCARI PENEMPATAN BARU (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah.
- 15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara haram Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakkan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat.
- 5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel laknatullah sehingga ke hari ini.
Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi dan Kristian (US & Eropah – Bukan Kristian dunia yang lain) atau aku secara peribadi memanggil kumpulan ini sebagai penggerak Illuminati (ingat makcik jual nasi lemak 3 segi...? hahaha) menganggap fenomena yang bakal berlangsung ini adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan.. Sebab terdapat GERHANA MATAHARI DITENGAH-TENGAHNYA. Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik;
“The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.” / “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.”Jadi ‘Tuhan’ yang dimaksudkan disini ialah Tuhan mana..? Adakah Allah Taala seperti kepercayaan kita atau pun al-Dajjal kepercayaan Yahudi ataupun Isa al-Masih pegangan Islam dan Kristian..? Perlu kita ingat bahawasanya kandungan kitab Injil hari ini bukanlah seperti Injil di zaman Nabi Isa Alay’hi Salam lagi. Ianya telah banyak diubah-ubah oleh manusia dengan membentuk satu kepercayaan berkonsep ‘triniti’ yang karut-marut dan haru-biru..! Dan lebih parah lagi, Amerika Syarikat (yang mengaku Kristian tapi sebenarnya bukan) menjadi hub penyebaran agama Katholik ini dan bersekongkol dengan Israel dalam penerbitan siri-siri kitab Bible (Injil) yang mengikut aturan dan acuan jahat Illuminati dan Mason.. Jadi potongan ayat kat atas tu aku ambil dari kandungan Injil yang ada zaman sekarang ni atau dikenali sebagai ‘New Testament’. Bab ni rasanya aku tak perlu hurai panjang sebab akal dan hati orang-orang Islam yang sihat dan waras lagi beriman akan dapat menilai sendiri.. InsyaALLAH!
Joel 2:31 (Kitab Injil)
Yang bakal lebih memeriahkan fenomena ‘Four Blood Moons’ tahun ini dan tahun hadapan juga ialah ianya akan jatuh tepat pada tarikh-tarikh sambutan hari perayaan di dalam kalendar Yahudi iaitu hari yang dikenali sebagai:
- “Passover” – Hari memperingati kebebasan kaum Yahudi selepas dijadikan hamba abdi sejak 3,300 tahun lampau ketika era Dinasti Firaun di Mesir.
- “Feast of Tabernacles” atau dikenali juga dengan gelaran “Sukkot” – Ini adalah hari dimana sambutan penganut agama Yahudi lama diperintahkan melakukan hijrah ke Jarusalem atau lebih tepat lagi ‘kuil’ Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam (The Temples of Solomon) di sana. Dan di atas kepercayaan mereka terhadap ‘Sukkot’ ini jugalah yang menggerakkan mereka memasuki dan menakluk Jerusalem terus sehingga ke hari ini.
Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini BAKAL mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.. Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia.. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran DAN secara tak langsung umat Islam Akhir Zaman akan diuji secukupnya.. Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi HAMPIR TIADA mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia. Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kekita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia.. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang BAHASA DAN ISYARAT ALAM yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.. Yang Allah Taala dah aturkan pada kita hari ini menghadap hari esok-esok secara sendiri.
Seperti yang kerap aku nukilkan dan ucapkan pada sahabat-sahabat sekalian; “Jika kita sedang dicaturkan, bergeraklah keluar dari papan catur..” Banyak-banyakkan lah bacaan doa mengelak fitnah Dajjal untuk diri dan keluarga.. Amalkan lah surah-surah berkaitan dan ayat-ayat amalan masing-masing.. Tak rugi beramal sebab kita tak tahu bila waktu kita dijemput pulang menghadap Maha Pencipta.. Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka dah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam’ sebenarnya di sebelah timur sini.. Tak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’.. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka.. Bakal menjadi perhatian dunia.. Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar Akhir Zaman dan Imam mulia.. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa.. Jaga-jaga kekita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka.
Akhir sekali sebelum menutup posting ni, simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:
15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah
8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah
20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari
4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah
28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah
Apa yang bakal berlaku kali ini adalah diluar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai.. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin... Mungkin iya-Mungkin tidak.. Mungkin ada kejadian-Mungkin tak ada langsung.. Kalau tiada, Alhamdulillah.. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370..? Mungkin.. Mungkin ada gempa bumi / tsunami / meletupnya gunung berapi / atau hujan meteor..? Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea..? Mungkin ianya lebih besar dari pergolakkan Korea Utara-Korea Selatan..? Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus..? Sebab bunga-bunga perang dah ada.. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul..? Jazirah Arab dah terbakar.. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang sedang Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana..
INGAT! Ini adalah pandangan sempit aku sahaja.. Aku tak paksa sesiapa pun faham apatah lagi untuk percaya.. Segalanya atas ketentuanNya juga.. Wallahu’alam Bis’sawab Wa’ilayhi Marji’ul Walma’ab.. Persiapkanlah dan kumpulkanlah segala kekuatan yang ada.. Takut-takut Nuclear Holocaust menanti kekita.. Apa yang terdaya..? Takkan tunggu dan lihat sahaja..?
Salam dan Solawat!
313.99.33.13.9
Artikel bukan ditulis oleh Brado Kapak. Artikel telah ditulis oleh Tun Farul Azri.