Type Here to Get Search Results !

Penumpang 17A beri semangat kepada Pilot Malaysia Airlines melalui Nota Bertulis



Nota Daripada Penumpang 17A. Terima kasih Amy Yeoh-Tan!

Melalui Facebook, Amy Yeoh-Tan sudi berkongsikan secebis nota dengan kami di sini. Nota itu ditulis ringkas sahaja, tetapi isinya cukup menyentuh hati. Nota penghargaan tersebut ditulis oleh bapanya sewaktu beliau dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Melbourne, Australia, Jumaat lalu.


Menyedari keadaan anak-anak kapal MAS yang masih bersedih kerana kehilangan rakan sekerja mereka yang terlibat dalam pesawat MH370, si bapa terpanggil untuk menulis sesuatu untuk menaikkan semangat anak-anak kapal MAS yang selama ini bertungkus lumus menjaga kebajikan penumpang di dalam pesawat.

"Kapten, Penerbangan dan Krew Kabin,

Malaysia Airlines dan negara kita sedang melalui waktu yang amat mencabar. Tetapi anda terus berkhidmat untuk kami dengan pelbagai tekanan dan ketidaktentuan. Andalah wira kami. Hati kami dekat dengan anda, wira kami di awan biru.

Teruskan pandang ke depan dan jangan lupa untuk senyum. Seluruh negara berdiri di belakang anda. Semoga Tuhan memberkati anda...

Yeoh,
Penumpang 17A"

Seperti yang penulis nyatakan tadi, walaupun kata-katanya cukup ringkas tapi ia cukup menyentuh hati orang yang membacanya - terutama sekali juruterbang dan anak-anak kapal MAS.

Terima kasih Uncle Yeoh, penumpang di tempat duduk 17A!
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies