Aku rasa ramai yang dah alert mengenai kematian kejam yang di alami oleh adik kita Siti Sofea. Umur 2 tahun 6 bulan. Kisah tersebut mendapat simpati orang ramai. Macam mana tak rasa simpati?.
Kena culik dengan niat si penculik nak merogol.Last2 penculik membunuh mangsa dengan kejam apabila terkantoi.
Bunuh pun dengan kejam. Sampai dipenggalnya kepala budak yang tak berdosa tue.
Dan tahu kah anda siasatan mendapati adik kita yang malang itu sebenarnya adalah GELANDANGAN?
Inila masalahnya. Duduk luar rumah. Takde keselamatan. Jadi perhatian penjenayah. Banyak mata2 yang memerhati. Dan selalunya mesti ada orang yang akan salahkan ibu mangsa kalau jadi macam neh. Takde rumah, takde pekerjaan, takde pula pihak2 yang berperanan untuk membantu menyelesaikan kemelut maka jadilah kita manusia yang pentingkan diri sendiri.
Ringkasan la senang nak citer.
1. Kanak2 malang diculik semasa ibunya pergi ke tandas dalam masa 5 minit lebih kurang.2. Dia diculik berhampiran sebuah pasaraya yang mana menempatkan pegawal keselamatan disitu.
3. Dikatakan pegawal keselamatan sepatutnya nampak tindak tanduk individu yang menculik mangsa namun tidak berbuat apa2.
4. Perkara ini diketahui selepas rakaman CCTV mendedahkan bagaimana adik malang kita diculik sebelum dibunuh dengan kejam. Ini didedahkan oleh pegawai polis kepada wartawan TMI.
5. Pengawal keselamatan tersebut aku nak tanya. Warga asing ke dia? Itu je yang aku nak tahu sekarang.
6. Hasil siasatan polis juga mendapati ibu kepada adik malang Siti Sofea ialah seorang gelandangan. Bersama anak bongsunya. 2 anaknya yang lain tinggal bersama saudara mara. Manakala siti sofea ikut ibunya. Mungkin kerana anak bongsu jadi belum mahu berpisah dari ibunya.
7. Siti Salmy (ibu kandung kepada Siti Sofea) tiada rumah, tiada pekerjaan. Hidup bersandarkan simpati orang ramai di sekitar ibu kota.
8. Suami kepada Siti Salmy sekarang di penjara.
9. Dalam kejadian semalam, sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh berita rupanya. Yang nampak kejadian cubaan rogol ialah 2 lelaki Sabahan (orang sabah).
10. Pasangan itu nampak lelaki yang menculik itu cuba melarikan diri dibalik semak samun untuk lakukan perbuatan terkutuk.
11. Kemudian mereka meminta lelaki tersebut hentikan tindakan dengan memanggil polis bantuan yang berada berhampiran lokasi kejadian.
12. Namun segala2nya sudah terlewat apabila si penjenayah bertindak membunuh mangsa culik dan terjun melalui sungai.
13. Polis bagaimana pun mempercayai perbuatan ini dilakukan oleh warga tempatan berbanding warga asing. Lelaki tersebut mungkin seseorang yang terlibat dengan dadah.
14. Polis percaya penjenayah mungkin lemas dan akan teruskan pencarian.
Dan aku. Aku dah tak boleh nak baca dah citer2 macam neh. Kenapa la kita takde usaha yang lebih progesif untuk bantu golongan gelandangan. Aku bukan nak citer pasal aktivis2 kebajikan. Ada banyak NGO2 yang sangat aktif membantu mereka.
Rujukan : sini