Type Here to Get Search Results !

Malaysia bakal Tamatkan kemarau Piala Thomas


Tamatkan kemarau 22 rahun!

New Delhi: Inilah masanya atau tunggu 22 tahun lagi. 

Itu mungkin situasi paling tepat menggambarkan betapa skuad negara tidak harus mensia-siakan peluang untuk menjulang trofi Piala Thomas hari ini apabila bertemu Jepun di pentas final.



Jika tidak, skuad negara mungkin perlu menunggu sehingga 22 tahun lagi, tempoh sama yang menyaksikan kali terakhir Malaysia menjulang piala berprestij itu pada 1992.



Malah inilah sebenarnya peluang terbaik mereka untuk memenangi piala itu kerana peluang untuk menundukkan Jepun dilihat lebih realistik berbanding lawan lain seperti juara bertahan, China yang sudah tersingkir di separuh akhir.

Ketua projek yang juga jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang menjadi satu-satunya jurulatih dalam skuad Piala Thomas kali ini pernah menjulangnya pada 1992, turut sedar penantian 22 tahun harus berakhir hari ini.

“Inilah peluang terbaik sebab China sudah kalah dan kekuatan kita dengan Jepun lebih kurang sama.

 
Masa robek penantian 22 tahun

Kuala Lumpur: Malaysia mampu mencatat kemenangan besar ketika aksi menentang Jepun pada final Piala Thomas, hari ini jika berpandu kepada prestasi pemain.

Bekas pakar beregu badminton negara, Razif Sidek, berkata sekiranya Datuk Lee Chong Wei memberikan mata pertama, skuad negara tidak akan berdepan masalah untuk meraih dua lagi mata menerusi beregu dan perseorangan kedua, Chong Wei Feng yang dilihat cukup baik ketika ini.

“Saya lihat kita tidak bermasalah dalam beregu dan dua perseorangan kita juga mampu memberikan mata. Setakat ini saya yakin kita boleh mengharapkan mereka.

"Ini adalah peluang terbaik kita untuk rampas kembali Piala Thomas dari China dan saya harap pemain tidak mensia-siakannya. Saya percaya jika mereka tidak begitu yakin, mereka mampu berjaya,” kata Razif yang berada dalam skuad 1992 negara ketika kali terakhir menjulang trofi keagungan itu.

Begitupun, Razif mengakui Malaysia tidak boleh sesekali memandang rendah pemain Jepun yang ketika ini berada dalam keadaan cukup berkeyakinan selepas menundukkan China.

Mengulas kejayaan menumpaskan Indonesia 3-0 ketika aksi separuh akhir malam kelmarin, Razif yang bergandingan bersama adiknya Jalani Sidek berkata, kejayaan skuad Piala Thomas negara mara ke final bertemu Jepun sebagai mengejutkan selain peluang terbaik untuk mengembali kegemilangan yang dilakukan skuad negara 1992 itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies