Type Here to Get Search Results !

Komentar relavan kehadiran 2 panda china di Malaysia


Komentar relavan kehadiran 2 panda china di Malaysia

Seriously. Apa sebenarnya masalah korang semua ini dengan kehadiran dua panda yang kiut dari China? Kamu yang berwajah iras-iras tapir kampung takut hilang tarikan dan perhatian sebab tak mampu bersaing dengan kecomelan semulajadi beruang panda yang berstatus internasional itu?

1. China is the biggest market in the world at the moment; with over 1.3 billion people. And they have good purchasing power (collectively) - sama ada untuk barangan order rendah, sederhana mahupun tinggi. Juga merupakan kuasa ekonomi gergasi yang lebih kukuh dari AS, menawarkan sejumlah RM1.6 trilion pelaburan luar untuk direbut selama lima tahun mendatang. Juga salah satu super-power politik dunia yang boleh jadi pengimbang kestabilan rantau serta kuasa pesaing kepada AS.

2. Panda gift is an official diplomatic gesture from China. Bukan Malaysia minta; tetapi Malaysia DIPILIH oleh China menjadi salah sebuah negara penerima. It is a sacred symbol, which is sentimentally glorified by both the Chinese government and people as a whole. Just imagine the headline we could have made, HAD we REFUSED to accept that "diplomatic gift"!

3. Seriously, offending China – one of the world’s super-powers, politically and economically – is a BIG NO! If we make the wrong move: hasrat kita untuk berkongsi pasaran China yang luas itu akan terjejas; peluang kita untuk merebut sebahagian dari pelaburan asing berjumlah RM1.6 trilion itu juga merudum. Yang paling penting: jika berlaku pergolakan serantau di wilayah Asia Tenggara - di manakah nanti kita mahu sandarkan sokongan moral sebagai kuasa pengimbang? Selamatkah kita jika hanya bergantung semata-mata kepada Amerika yang sangat pro-Israel dan pro-Singapura?

4. 50% daripada yuran pinjaman panda selama 10 tahun itu disalurkan untuk dana pemuliharaan habitat panda di China. Apa untungnya kepada Malaysia dan dunia? China is one of the biggest polluters and drivers for global warming. Satu sebab utama adalah pemusnahan habitat panda yang merupakan domain hutan hawa sederhana terbesar di dunia. By accepting the panda gift - Malaysia directly gets involved in protecting China’s temperate rainforest, which could be one of the keys in mitigating global warming. For the benefit of the universe and humankind.

Bukan semua pelaburan wang perlu disukat dengan hasil material. Atau perlu dipasak pada pulangan jangkapendek. Jangan kita terlalu taksub materi dan menjadi manusia tak berjiwa. Hingga diperhambakan oleh wang ringgit. Kadangkala kita perlu berani melaburkan jutaan ringgit untuk keuntungan lain yang tidak semestinya datang dalam bentuk wang. Atau pun barangkali akan dipulangkan semula sebagai wang ringgit, tetapi selepas satu jangka masa yang panjang.

Oleh RD.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies