NEW DELHI: Tidak ada seorang pun yang percaya skuad Piala Thomas negara mampu melangkah ke final, tetapi malam tadi Datuk Lee Chong Wei dan rakannya membuktikan sebaliknya apabila melakar kejutan menewaskan Indonesia 3-0 di separuh akhir, sebentar tadi.
Kejayaan itu juga menyaksikan mereka menamatkan kemarau 12 tahun ke final selepas kali terakhir menjejak kaki ke perlawanan kemuncak piala berprestij itu di Guangzhou 2002 sebelum tumpas 3-2 kepada Indonesia.Chong Wei terus menjadi tunjang kepada skuad negara apabila membutirkan mata kemenangan pertama dengan menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13.
Sementara itu, beregu negara, Tan Boon Heong-Hoon Thien How diheret bermain dalam tiga set ketika menundukkan beregu nombor satu dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dengan 21-19, 8-21, 23-21 bagi meletakkan skuad negara 2-0 di depan.
Mata kemenangan skuad Malaysia dijelmakan oleh Chong Wei Feng yang menundukkan Dionysius Hayom Rumbaka dengan 21-10, 21-17 untuk mengesahkan kemaraan negara..