Type Here to Get Search Results !

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


Majlis Pimpinan Pusat PKR pecat Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti serta-merta ekoran tindakan MB Selangor itu enggan meletak jawatan.

PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ahli hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi.

"Dengan pemecatan itu, Abdul khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan kee Kwong pada sidang media di sini.

Beliau berkata, tindakan disiplin itu diambil berikutan notis peringatan yang dihantar Abdul Khalid menerusi peguamnya, Edmond Bon, pagi tadi.

Antara isi kandungan notis peringatan berkenaan adalah MPP tidak boleh membincangkan isu jawatan MB sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan termasuk selepas kes pendengaran Abdul Khalid pada 15 Ogos seperti yang dipohonnya, semalam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies