Jika ingin boikot dengan cara yang betul, tiada sesiapa yang akan menghalang. Tetapi jika dengan cara sebegini, bukan sahaja boleh memalukan diri, tetapi memalukan negara.
Inilah yang dikatakan perangai buruk mengalahkan wajah muka yang buruk. Meskipun ada yang mengatakan ini video lama, namun ia bukan satu tindakan yang wajar memperlakukan pekerja McDonald’s seperti itu.Inilah hasilnya, terikut-ikut sangat prank budaya barat sehingga memalukan diri. Kempen memboikot barangan Israel ini hanya pada barangan sahaja, bukan terhadap pekerja McDonald’s.
Kita faham dengan perasaan orang yang ingin nak memboikot McDonald’s. Tetapi janganlah sampai ambil tindakan seperti ini dan ada yang tergamak meludah mereka dan menyarankan mereka berhenti kerja.
Post by Kickbola Network.
Golongan-golongan ekstremis seperti ini kononnya berpelajaran, tapi tak terfikir ke kepayahan para pekerja McDonald’s mencari kerja dan senang-senang nak suruh berhenti kerja?
Orang bukan ingin pun nak kerja dengan McDonald’s disebabkan dengan isu-isu sekarang tetapi apa boleh buat? Cuma nak cari sesuap nasi untuk hidup. Ada kata-kata yang mengatakan, ‘sometimes you need to put yourself on their shoes then you only know hows their feels’.
Bukan bermaksud nak menentang usaha murni orang ramai memboikot barangan Israel, tetapi bukan dengan cara ini yang nyata tidak kena dan memalukan.