Type Here to Get Search Results !

4 FOTO KEJAYAAN PDRM MENANGKAP DUA PEROMPAK YANG MELAKUKAN ROMPAKAN BERSENJATAKAN PISTOL DI JALAN TELUPID BELURAN SABAH

4 FOTO KEJAYAAN POLIS MENANGKAP DUA PEROMPAK YANG MELAKUKAN ROMPAKAN BERSENJATAKAN PISTOL DI JALAN TELUPID BELURAN SABAH

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


WANITA DIROMPAK 2 LELAKI BERSENJATAPI

Lokasi rompakan bersenjata api menggunakan pistol berlaku di Jalan Telupid, Beluran, Sabah pagi tadi 15hb September 2014 jam lebih kurang 11.30 pagi.

Mangsa seorang wanita umur lingkungan 30an telah menahan sebuah kereta Proton Persona warna kelabu yang disangkakannya sebuah teksi prebet sapu dan meminta pemandu kereta tersebut hantar beliau ke Batu 32 Sandakan.

Dalam kereta tersebut beliau dapati ada seorang lelaki duduk dibahagian belakang yang disangkakannya penumpang juga.

Ketika kereta sedang bergerak secara tiba-tiba pemandu kereta berkenaan telah mengacukan pistol kearah mangsa sambil mengarahkan mangsa mengeluarkan semua barang-barang berharganya. Dalam ketakutan mangsa telah menyerahkan barang-barang kemas dan wang kepada perompak tersebut.

Dalam ketika itu Polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran sedang mengadakan sekatan jalanraya di Simpang Lung Manis, Beluran .. Melihat akan adanya sekatan jalanraya berkenaan, perompak terus panik dan cuba patah balik.

Melihat kejadian ini anggota polis terus mengejar kereta tersebut dan diweaktu itu kedua perompak sempat menurunkan mangsa ditepi jalan.

Dalam kejadian kejar mengejar itu perompak telah terbabas dan pihak polis terus menerkam kearah kedua perompak berkenaan dan berjaya menangkapnya.

Syabas atas kecekapan pihak polis sehingga tertangkapnya kedua perompak bersenjatakan pistol ini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies