Type Here to Get Search Results !

Ketahui Pencipta Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

#HariMalaysia‬ ‪#MyMalaysia‬ ‪#MalaysiaKita‬ ‪#Malaysia51‬ ‪#DisiniLahirnyaSebuahCinta‬

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pencipta Bendera Malaysia/ Jalur Gemilang

Bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu merupakan rekaan Mohamed Hamzah , bekas arkitek Jabatan Kerja Raya dari Johor.

Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan oleh Jawatankuasa Khas Persekutuan Tanah Melayu 1949.

Selepas tarikh tutup, sebanyak 373 rekaan telah dihantar kepada jawatankuasa pemilihan. Ahli jawatankuasa telah bertungkus lumus memilih tiga rekaan terbaik untuk dipilih oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

Jalur Gemilang telah dikibarkan secara rasmi buat pertama kali pada 26 Mei 1950 di hadapan Istana Selangor tepat pukul 9.40 pagi.


Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman. encem


Salinan lakaran ini dipercayai adalah hasil karya allahyarham yang telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan tersebut.


Dokumen ini telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed Bin Hamzah dan tandatangan yang terdapat pada dokumen ini dan lakaran bendera di atas adalah sama. senyum

Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah allayarham Mohamed Bin Hamzah. menari

Note : Diedit dan diolah semula oleh penulis dari website asal.

Sumber Rujukan :
Heritage Malaysia
Anniversary Of Malaysia's National Day


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies