Saya tidak kenal saudara Syed Azmi secara peribadi, tetapi saya punyai rakan baik yang mengenali beliau.
Agak sedih apabila saya mendengar segala macam komen dan tuduhan yang dilontarkan kepada beliau, seorang insan yang kita tidak kenali secara peribadi.
Apabila saya diperkenalkan kepada beberapa penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan, saya jadi malu. Malu kerana aktiviti kemasyarakatan saya separuh pun tidak sampai apa yang telah dicapai oleh beliau.
Merujuk kepada track record beliau, saya pasti event yang dianjurkan olehnya baru-baru ini tiada unsur-unsur jahat. Mungkin kita boleh kategorikan event baru-baru ini sebagai satu kesilapan.
Tetapi mengapa akibat satu kesilapan, maka kita hancurkan kehidupan seseorang? Apakah kita tidak pernah melakukan kesilapan?
Kita bernasib baik, kerana kesilapan kita tidak sampai ke telinga media.
Jika media tahu, barangkali kita juga akan menjadi Syed Azmi.
Isu anjing sebagai najis ialah isu khilaf (perbezaan pendapat) yang sekian lama dibahaskan oleh para ulama mazhab Syafie dan mazhab-mazhab muktabar yang lain.
Tetapi tidak ada khilaf dalam isu menyebarkan penipuan dan fitnah. Tidak ada khilaf dalam isu mencaci orang lain. Tidak ada khilaf dalam isu mengkafirkan seorang Muslim tanpa bukti yang sahih.
Semua ulama sepakat mengatakan semua itu haram.
Kita bersemangat tentang perkara khilaf, tetapi kita alpa tentang perkara yang bukan khilaf.
Semua pendapat yang punyai metodologi yang sahih, dengan Quran dan Sunnah sebagai panduan utama, sekalipun pendapat itu bercanggah, semua pendapat itu boleh diterima.
"I Want To Touch A Heart"
Kepada Yang Berkenaan
Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja.Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat.Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.
Penganjurnya,Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi,bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”.Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial.Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda.Apa tujuan saya?anda tanyalah diri anda sendiri.Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi(lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil.
Dibawah ini adalah diantara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.
1.Free Market(Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
2.Street Solat bersama warga miskin kota(gelandangan)
3. Sumbangan barangan/makanan kepada golongan warga miskin kota(gelandangan)
4. Ramadhan Box
5. Kursus Pengurusan Jenazah
6. Kursus Penyembelihan Ayam
7. Sukan Rakyat
8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua(membantu kerja membersih dan memberi makan)
9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
13. Suspended Meal(Free meal for the poor)
14. Kempen Zebra Crossing
15. Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
16. Project Make It Right(Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)
Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini.Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun,beliau telah diserang dari pelbagai arah.Kenapa ini harus terjadi?Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk.Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi,tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?
Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan.Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.
Jadi,saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu.Prejudis tidak membawa anda kemana mana.Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.