Nampaknya ibubapa di zaman moden ini lebih bersikap terbuka dalam mendidik anak-anak.
Nampaknya ibubapa di zaman moden ini lebih bersikap terbuka dalam mendidik anak-anak.Bagi suami kepada aktres jelita Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin, dia tidak akan melarang anak tirinya untuk pergi ke kelab malam kerana baginya ia merupakan salah satu proses membesar dan sikap ingin tahu seorang remaja.
Zain menjelaskan bahawa jika sikap ingin tahu itu dihalang dan berasa curiga oleh orang dewasa ia boleh menyebabkan remaja semakin terpanggil untuk mencuba. Dengan itu Zain mahupun isterinya Che Ta tidak menghalang apa sahaja yang hendak dilakukan oleh anak mereka kerana yakin sudah cukup mengenali karakter anak-anak dengan baik.
“Kalau halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat dan lagi kita halang lagi dia buat. Ini cara dia membesar rasa curiga yang ingin mengetahui. Sekiranya tidak melanggar undang-undang, agama rasanya tidak ada masalah. Ibu saya dahulu pun cukup terbuka dan benda-benda sebegini ketika saya darjah 3, ibu sudah ceritakan. Katanya lebih baik dia ceritakan daripada saya ketahuinya daripada orang lain,“ katanya.
“Mereka lebih selesa untuk bercakap dengan saya dan bertanya soalan seperti bagaimana mahu berkawan dengan seorang wanita & ada juga meminta pendapat yang lain. Saya akan ajar benda yang baik. Dia tanya saya akan jawab dengan betul tanpa menyorokkan sesuatu daripada mereka. Kawan-kawan mereka saya dan Che Ta pun kenal,“ jelas Zain.
Tambah Zain lagi, dia sendiri pernah melalui zaman remaja jadi dia faham naluri yang sedang anak tirinya lalui ketika ini.
“Saya dahulu pernah melalui zaman remaja. Kita sendiri yang memilih untuk ke sana. Sebenarnya banyak pengalaman yang dapat dipelajari daripada kesilapan yang lepas. Bagi saya tak perlu ada kereta mewah untuk ke kelab. Kereta Satria pun boleh,“ ujarnya sambil berseloroh.
Malah kereta pertama yang dimilikinya adalah proton Satria yang dihadiahkan bapanya. Zain turut memberitahu bahawa Ammar layak untuk mendapat hadiah yang begitu berharga kerana usahanya yang cemerlang dalam peperiksaan tidak lama dahulu.