Punca kematian seorang pelajar undang-undang 22 tahun dari Malaysia yang menuntut di Newcastle, England pada 1 Oktober lalu masih belum diketahui selepas mengalami deman dan muntah selama dua hari.
Keluarga Rebecca Edward berkata, doktor di sana turut hairan dengan punca kematian dan perlu menyimpan mayat tersebut sehingga enam bulan untuk mencari jawapan sebenar."Dia (mangsa) ada memberitahu ibu bapa kami bahawa dia mengalami muntah-muntah dan telah pergi ke Hospital Royal Victoria namun hanya diberi ubat demam," jelas abangnya, Jeffrey Edward,25.
"Keesokan harinya, rakan serumah memberitahu menjumpai dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dan terus bergegas ke hospital menaiki ambulan, dan Rebecca dilaporkan berhenti bernafas, tidak dapat diselamatkan," jelas seorang pelajar perubatan ketika ditemui.
Jelas Jeffrey, ibu mereka Selvi Kaur,47, diterbangkan ke Newcastle untuk menemui doktor di sana dan membawa balik mayat, namun terpaksa ditunda.
"Mereka masih cuba menyiasat punca kematian dan akan menyimpan mayat sehingga sehingga enam bulan.
"Kami berharap mereka boleh memberi jawapan untuk proses ini dan mempercepatkannya agar kami boleh kebumikannya dengan sempurna," jelasnya.
Katanya, Rebecca merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik, dan tiba di UK tiga minggu lalu bagi menghadapi tahun akhir pengajian ijazah undang-undang.
Jeffrey memberitahu Rebecca mempunyai sejarah penyakit asma dan tidak mungkin adiknya itu mengalami keracunan makanan kerana kawan-kawannya turut makan makanan yang sama tetapi tidak jatuh sakit. - mStar