Type Here to Get Search Results !

Sekilas bersama penulisan Rem Dambul Sempena Forum Dan Dialog Rakyat Sabah - Dalam atau Luar Malaysia


Forum Dan Dialog Rakyat Sabah - Dalam atau Luar Malaysia - Malaysia Agreement 1963, Autonomi Sabah, & Royalti Minyak

1 Mitos terbesar dalam dunia politik masakini:

pemimpin mesti 'pandai bercakap'. Untuk mendekati hati rakyat, kemahiran orator hanya satu faktor pembantu, bukan mandatori. Paling penting adalah kejujuran dan sikap rendah hati, yang terpancar pada personaliti. That is how we capture people's heart. Kita bukan lagi hidup dalam zaman klasik atau retro Malaysia, yang mana laungan retorik begitu mudah menggoda pendengar.

Saya fikir YB Dato' Abdul Rahman Dahlan and YB Darell Leiking adalah contoh pemimpin muda Sabah yang mengevolusi cemerlang, sesuai dengan tuntutan kontemporari. Dalam acara semalam, (selain masing-masing memiliki kelebihan bakat pengucapan yang baik) mereka turut berjaya menempatkan diri di pentas wacana dengan sikap yang terbuka dan sangat mesra-dialog. Kedua-dua mereka membahaskan isu dengan nada empati, bukan dengan gaya tipikal politikus yang agak indoctrinating. They showed so much respect for each other, despite the obvious clash in ideology.

Saya tidak fikir mereka bersikap begitu hanya kerana tuntutan survival politik semata-mata. They genuinely have passion in what they are fighting for. And both of them want the best for Sabah. They know their stuff very, very well; they know how to articulate it without being unnecessarily forceful. Tidak ada retorik politik yang tepu dengan gula-gula atau kemarahan tanpa sempadan.

2
Banyak isu yang dibangkitkan. Tetapi ada empat perkara pokok yang menjadi titik percambahan utama dialog: (i) isu pembangunan, terutamanya berkait prasarana dan kemiskinan; (ii) perkongsian kuasa urus-tadbir state-federal yang dituju khusus kepada proses Borneosasi; (iii) agihan pendapatan dari sumber ekonomi, berfokus tentang royalti minyak; dan (iv) persoalan status quo Sabah dalam Malaysia: sama ada "1 daripada 3" atau "1 daripada 13".

Kedua-dua YB berkongsi sentimen dan pemikiran yang sama untuk empat perkara itu. Yang membezakan mereka hanya pada halatuju spesifik bagaimana solusi diberi kepada persoalan itu. Secara am, kedua-dua YB percaya bahawa perjuangan Sabah untuk menuntut pengisian hak yang lebih baik mempunyai merit yang kuat, dan ia sepatutnya jadi agenda penting para pemimpin negeri ini.

Tapi YB Dato' Dahlan menggagaskan pendekatan yang lebih mesra dengan mempertimbangkan semangat 'give-and-take' sebuah federation. Beliau percaya lunas-lunas asas dalam Perjanjian Malaysia sudah pun dihormati. Cuma pengisian secara realiti di lapangan kepada perkara-perkara dalam perjanjian itu masih lagi perlu penambahbaikan.

YB Darell pula berpendirian bahawa masalah Sabah dalam konteks gagasan Malaysia bukan sekadar isu operasi di lapangan: sama ada tuntutan hak sosioekonomi, sosiobudaya dan sosiopolitik sudah terisi atau tidak. Ia lebih mendasar daripada itu. He strongly (but very politely) argued that there is a need to revisit the content of the agreement itself. Not necessarily to challenge its validity, but to review its actual context and interpretation. Because this is where all the operational mechanisms depart from.

3
Tidak dinafikan memang ada aspek yang ketika ini sudah berada pada tahap yang munasabah (misalnya isu tentang pendidikan dan usaha membasmi kemiskinan tegar). Jadi saya setuju dengan YB Dato' Abd Rahman bahawa kita cuma perlu menyambut kesinambungan tersebut. Kemudian menganjak gerak-kerja implementasi kepada kualiti yang lebih tinggi. Mempersoalkan semula dasar yang telah termeterai hanya akan menimbulkan masalah-masalah baru. Yang boleh merencat tumpuan kepada inisiatif memperbaiki strategi yang sedang beroperasi.

Namun begitu, barangkali terdapat juga beberapa aspek lain yang masih menuntut tilikan semula pada hal-hal akar-umbi yang bersifat fundamental. Apakah contoh-contoh isu tersebut? YB Darell ada menyebut secara spesifik, sambil menggariskan konteks sejarahnya serta keraguan-keraguan yang perlu dirungkai semula. Ini termasuklah beberapa item (bukan semua) dalam perjanjian Malaysia dan dokumen agihan royalti minyak. Probably in certain cases, "revisiting the fundamental idea of Malaysia" can be the effective approach to empower us, no?

In a nutshell: YB Dato' Dahlan mahukan metod yang lebih pragmatik; iaitu mencipta usaha-usaha tambah-baik dari kesinambungan ikatan (dan kemajuan) yang telah sedia ada. Manakala YB Darell lebih idealistik. Beliau kurang setuju usaha itu dibataskan hanya pada hal-hal operasi. Misi menilai semula beberapa asas sejarah dalam perjanjian dan evolusi yang berlaku pada perlembagaan: bagi beliau, ini juga sama penting.

Perjuangan kedua-dua YB mempunyai pro-kontra yang tersendiri. Manakah yang lebih efektif? Probably both are effective in their own right. We never really know until we see the results (read: how it changes the sociophysical landscape of Sabah) in years to come. But for me personally, the question is not about: which one is better. Persoalan lebih penting: bagaimana mencari titik persamaan untuk saling memperkuat antara satu sama lain.

4
Secara peribadi, saya rasa sungguh bangga dan teruja dapat menyaksikan dari dekat perbahasan dua pemimpin muda Sabah yang tajam kritikal tetapi terkawal. Bukan saja mantap dengan fakta, tetapi juga sarat dengan nilai persahabatan.

Cuma saya agak sentap sikit bila tiba-tiba ada audien mempersoalkan kenapa tidak dijemput pemimpin-pemimpin veteran yang lebih berpengalaman. Because I was the only outsider on the stage (Nota: saya bukan ahli politik, juga bukan aktivis masyarakat): obviously I took "the attacking comment" more personally. I was so tempted to respond and put my exceptional skill in sarcasm into a good use. But I fought the sinful urge, because I knew it wouldn't add any value to the interesting discussion. Jadi saya terus pura-pura buat muka mulia di atas pentas, seperti kambing yang pasrah menunggu dikorbankan. Padahal dalam hati, rasa mau meletup macam gunung berapi.

Of course I have so much respect for all our veterans. Tapi ini bukan satu-satunya forum rakyat sebelum berlaku kiamat. Pasti akan ada banyak lagi wacana bersifat pencerahan isu dan perkongsian fikrah seperti ini. Nanti mereka juga akan dapat peluang berkongsi pandangan bila tiba gilirannya. Jadi, tidak perlu gigih sangat mahu menghakimi siapa yang berada di pentas: tua atau muda, ranum atau mengkal. I believe that everyone, regardless of the background and experience, has something beneficial to offer. Don't be prejudice; let's learn to be more appreciative.

Remember this. Masa depan Sabah bukan terletak pada apa yang YB Dato' Abd Rahman atau YB Darell atau saya perkatakan dalam forum ini. At the end of the day: the more instrumental factor in changing the course of our future is how you, the collective Sabahans, put this forum into a perspective. Tidaklah terlalu penting pun siapa tiga orang yang berdiri di atas pentas. Sebab yang menggenggam kuasa perubahan lebih dominan adalah ratusan Sabahan yang berada di bawah pentas.

5
Back to the point.

Apa yang ditunjukkan oleh YB Abdul Rahman Dahlan dan YB Darell Leiking dalam dialog ini adalah satu bentuk politik baru negeri Sabah. Mereka buktikan bahawa debat tentang isu sosioekonomi dan sosiopolitik yang membabitkan kepentingan rakyat boleh dilaksanakan tanpa terikat kepada sentimen partisan. Maksudnya, kita tidak semestinya berdiri di atas platform yang sama untuk memperjuangkan kepentingan Sabah dan aspirasi warganya. Meski pun berbeza pendekatan, kita masih tetap boleh berkongsi matlamat yang satu: iaitu ke arah negeri Sabah yang lebih makmur, lebih sejahtera.

Saya anggap forum ini sebagai satu permulaan yang cukup penting untuk meremajakan semula orientasi kepimpinan politik Sabah yang selama ini telah dituakan dengan pelbagai perbalahan dan sengketa. Perbezaan prinsip dan idealogi tidak lagi sepatutnya dijadikan titik yang memecahkan. Sudah sampai waktu ia mesti digembling untuk mencipta kekuatan bersama; agar suara Sabah di peringkat nasional menjadi lebih relevan.

That is my wish. You may decide what is yours. You don't necessarily have to declare it to the world. Just keep it close to your heart.

Notakaki: Tahniah Sdra. Musli Oli dan ahli jawatankuasa SMS, atas penganjuran forum. Terima kasih juga atas undangan. Sori Tony PB sebab mencuri gambar ini. Jurufoto saya tidak tau menggedik ke mana. Seketul gambar pun dia tidak ketik. #dakumakanhatisendiri

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies