Type Here to Get Search Results !

Ini Penjelasan Padat Antara Kenapa Para Pengusaha Stesen Minyak Menentang Harga Minyak Turun


Penjelasan Padat Kenapa Para Pengusaha Stesen Minyak Menentang Harga Minyak Turun

Berikutan isu Pengusaha Stesen Minyak yang mengalami kemerosotan teruk dalam perniagaan mereka sejak harga minyak naik, banyak pandangan dari orang ramai yang biasanya kita lihat mengkritik kembali sikap para pengusaha ini sebagai tamak, masa minyak naik pandai pula diam, dan pelbagai lagi kata-kata tohmahan yang dilemparkan.

Banyak juga email yang kami terima daripada pihak-pihak pengusaha yang terlibat ini. Apapun berikut dipaparkan satu daripadanya untuk dihadamkan orang ramai mengapa para pengusaha stesen minyak ini terpaksa bertindak sedemikian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berkenaan isu yg pihak tuan nyatakan di page fb tuan, ada sedikit kekeliruan berkenaan apa yg terjadi dan ini menyebabkan orang ramai telah memandang serong pada semua pengusaha minyak. Saya akan cuba terangkan secara ringkas operasi sesebuah stesen minyak untuk pihak tuan nilaikan dan diharap dpt perbetulkan semula.

Sebenarnya kerugian yg ditanggung bila harga turun dgn jumlah yg besar adalah kerana ianya diserapkan oleh syarikat2 minyak kpd pengusaha stesen minyak.

Contoh;
Bila harga turun, sehari sebelum kuatkuasa harga baru, syarikat minyak akan push out smua stok simpanan mereka kpd stesen2 dan pengusaha terpaksa terima dan byr kpd syarikat minyak pd harga sbelum penurunan. Tetapi bila dijual keesokkan harinya pd harga baru yg lebih murah.

Bayangkan jika 100,000liter petrol dlm simpanan pengusaha yg dibeli pd harga kos awal RM2.15 terpaksa dijual pada harga RM1.91 keesokan harinya. Kerugian ONE OFF yg mereka tanggung adalah RM0.24x100,000ltr=RM24,000. Tu baru petrol.

Macam mana pula klau harga minyak naik, mesti untung byk kan???

Jawapan sya tidak sbb syarikat minyak akan kawal atau stop penghantaran sehari sebelum harga minyak akan naik. Mungkin untung sedikit hasil dr baki minyak dlm simpanan awal mereka, tu pun klau ada sbb biasanya pengguna akan berduyun duyun beli mlm tersebut. Mungkin ada dlm 2000-3000 liter, jd keuntungan x sampai rm1000 pun.

Mungkin ada yang akan bertanya, 'plan la stok minyak tu awal2, xkan tu pun tahu'. Ini jawapan saya.

Penghantaran stok minyak kepada pengusaha bukan melalui pesanan yg dibuat oleh pengusaha tetapi dikawal oleh syarikat minyak berdasarkan laporan jumlah stok yg dihantar oleh pengusaha setiap hari. Oleh itu pengusaha hanya terima sahaja jumlah yg dihantar. Tambahan lagi ada arahan yang menyatakan bahawa pengusaha tidak boleh menolak penghantaran yg dibuat oleh syarikat minyak selagi ada kekosongan pada tangki simpanan. Jadi secara mudahnya pengusaha tepaksa terima walaupun tahu kerugian yg akan dialami.

Bagi sya pengusaha stesen minyak ini adalah mangsa kerana kerugian diserapkan kepada mereka.

Untuk pengetahuan juga, pengusaha stesen minyak ni dapat keuntungan bkn pada harga minyak sbb komisyen yg diterima adalah TETAP x kira brapa harga minyak hatta RM10/ltr pun dan komisyen tersebut cuma sekitar RM0.12/ltr. Jadi rasanya x adil klau kita cakap mcm2 sedangkan kita x tahu apa2. Kerugian yg ditanggung adalah sekitar RM30,000-RM100,000 bergantung pd saiz stesen setiap kali ada penurunan yg drastik.

BUKAN MEREKA MENENTANG PENURUNAN HARGA MINYAK TETAPI MENGHARAPKAN SATU KAEDAH DIPIKIRKAN SERTA CAMPURTANGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM PROSES PERALIHAN HARGA MINYAK SETIAP BULAN AGAR KERUGIAN DAPAT DIKURANGKAN.

PENGUSAHA JUGA SEPERTI PENGGUNA YANG LAIN LEBIH SUKA MINYAK PADA HARGA YANG RENDAH KERANA MODAL PUSINGAN YANG DIGUNAKAN SETIAP HARI UNTUK MEMBAYAR STOK YANG DIHANTAR HAMPIR SETIAP HARI. PEMBAYARAN ADALAH SECARA TERUS SETELAH PENGHANTARAN DIBUAT.

Yang menjadi kerisauan sekarang adalah jika trend ini berterusan tanpa ada penyelesai oleh pihak yg tertentu, maka tidak mustahil ramai yang akan gulung tikar.

Nanti akan ada yang bertanya 'mustahil la pengusaha ni akan gulung tikar, smua kaya2 tu'.

Ok, sya akan bagi situasi untuk dipikirkan

Purata untung bersih sebulan : RM20,000
Kerugian jika perubahan harga berlaku setiap bulan : RM50,000
Jadi rasanya berapa lama mereka mampu bertahan?

Tapi ramai diluar sana masih menganggap selama ni pengusaha2 stesen minyak la yg dpt keuntungan besar bila minyak makin naik. Mmg x dinafikan perniagaan ini pendapatannya agak lumayan tp andaikata kerugian sebegini berterusan x mustahil akan lingkup.

Tuntutan serta rungutan yang dibuat oleh pengusaha ni tidak menjejaskan hak penguna pun sebenarnya sbb mereka bukan meminta harga dinaikkan tapi hanya kaedah peralihan harga dikaji semula untuk mejaga hak mereka.

Saya rasa cukup la setakat ini yg dapat saya terangkan pada pihak tuan. Seterusnya terpulang la pada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya samada membetulkan kekeliruan yg telah terjadi atau hanya membiarkan sahaja sedangkan tun tahu apa hakikatnya.

Andaikata Segala caci maki srta tuduhan ini berterusan, tiada apa yg dapat dilakukan melainkan hanya meyerahkan pada Yang Esa dan akan menuntutnya di 'sana' kelak.

Terima kasih.

Jadi dapat kita putuskan dari penjelasan dan luahan ini tentang apa yang berlaku tidaklah memberi kesan kepada orang ramai sebaliknya mereka (pengusaha minyak) meminta kaedah baru dalam pengurusan syarikat-syarikat minyak ini kepada para pengusaha stesen minyak seperti mereka.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies