Type Here to Get Search Results !

Tragedi MH370: 8 SAINTIS SENJATA CHINA ANTARA PENUMPANG MH370

#MH370: LAPAN SAINTIS SENJATA CHINA ANTARA PENUMPANG PESAWAT MH370

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



#MH370: LAPAN SAINTIS SENJATA CHINA ANTARA PENUMPANG PESAWAT MH370

Marilah kita sama sama membaca untuk mengetahui kepentingan penumpang MH370 kepada Amerika. Gua memang tidak percaya walau seinci pun kapal terbang MAS itu terhempas di Lautan Hindi atau mana-mana sahaja. Banyak petunjuk menjurus kepada konspirasi Amerika dengan sokogan propaganda oleh barua-baruanya United Kingdom, Australia dan India.


Gua tetap tidak dapat menerima pellet kayu yang dijumpai di Koridor Selatan sebagai bukti MH 370 terhempas di situ.  kayu itu sapa pun boleh letakkan.

Jauh di sudut hati gua mempunyai naluri Diego Garcia adalah tempat MH 370 dileraikan seperti tertulis dalam artikel di bawah.. Penumpang dan kargonya dipindahkan.

Penumpang yang diperlukan dipindahkan ke destinasi pilihan. Yang tak diperlukan adalah saksi yang jadi liabiliti kepada perampas. Apa nasib mereka???


Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:


Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. 

Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ...

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dankemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. 

Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. 

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).


ENGLISH VERSION

Have you heard of this conspiracy theory re the disappearance of MH 370? The story goes like this:

The American is withdrawing from the Afghanistan, one of their command and control system (used for controlling the pilotless drones) was hijacked by the Talebans when the American transport convoy was moving down from one of the hill top bases. The Talebans ambushed the convoy and killed 2 American Seal personnel, seized the equipment/weapons, including the command and control system which weighed about 20 tons and packed into 6 crates. This happened about a month ago in Feb 2014.

What the Talebans want is money. They want to sell the system to the Russian or the Chinese. The Russian is too busy in Ukraine. The Chinese are hungry for the system's technology. Just imagine if the Chinese master the technology behind the command and control system, all the American drones will become useless. So the Chinese sent 8 top defense scientists to check the system and agreed to pay millions for it.

Sometime in early Mar 2014, the 8 scientists and the 6 crates made their way to Malaysia, thinking that it was the best covert way to avoid detection. The cargo was then kept in the Embassy under diplomatic protection. Meanwhile the American has engaged the assistance of Israeli intelligence, and together they are determined to intercept and recapture the cargo.

The Chinese calculated that it will be safe to transport it via civilian aircraft so as to avoid suspicion. After all the direct flight from KL to Beijing takes only 4 and half hours, and the American will not hijack or harm the civilian. So MH370 is the perfect carrier.

There are 5 American and Israeli agents onboard who are familiar with Boeing operation. The 2 "Iranians" with stolen passports could be among them.

When MH370 is about to leave the Malaysian air space and reporting to Vietnamese air control, one American AWAC jammed their signal, disabled the pilot control system and switched over to remote control mode. That was when the plane suddenly lost altitude momentarily.

How the AWAC can do it ? Remember 911 incident ? After the 911 incident, all Boeing aircraft (and possibly all Airbus) are installed with remote control system to counter terrorist hijacking. Since then all the Boeing could be remote controlled by ground control tower. The same remote control system used to control the pilotless spy aircraft and drones.

The 5 American/Israeli agents soon took over the plane, switched off the transponder and other communication system, changed course and flew westwards. They dare not fly east to Philippines or Guam because the whole South China Sea air space was covered by Chinese surveillance radar and satellite.

The Malaysian, Thai and Indian military radars actually detected the unidentified aircraft but did not react professionally.

The plane flew over North Sumatra, Anambas, South India and then landed at Maldives (some villagers saw the aircraft landing), refuelled and continued its flight to Garcia Deigo, the American Air Base in the middle of Indian Ocean. The cargo and the black box were removed. The passengers were silenced via natural means, lack of oxygen. They believe only dead person will not talk. The MH370 with dead passengers were air borne again via remote control and crashed into South Indian Ocean, make it to believe that the plane eventually ran out of fuel and crashed, and blame the defiant captain and copilot.

The American has put up a good show. First diverting all the attention and search effort in the South China Sea while the plane made their way to Indian Ocean. Then they came out with some conflicting statement and evidence to confuse the world. The Australian is the co-actor.


The amount of effort put up by China, in terms of the number of search aircraft, ships and satellites, searching first the South China Sea, then the Malacca Straits and the Indian Ocean is unprecedented. This showed that the China is very concerned, not so much because of the many Chinese civilian passengers, but mainly the high value cargo and its 8 top defense scientists.

Don't believe the story? I don't expect you to but let's wait and see how the episode unveils itself. Or perhaps it will never be known until the next Snowden emerges.

Of all the theories this is the most believable and answers most of the lingering questions..

Privided the february incident are true...


SOURCE: Gendang Perang

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies