Wah, pejam celik pejam celik Erin Malek dah nak kawin dah. Macam tak percaya je kan. Mana taknya, Erin kan baru je bertunang Julai lalu.
Itulah orang kata, kalau dah jodoh, tak kira cepat atau lambat, pasti akan bersama juga. Betul tak?
Ha, ni nak beritahu korang ni, kami ada juga intai-intai Instagram pelakon ‘Misiku Kuza’ ni, dengar cerita dah mula edar kad kahwin.
Haa, baguslah kalau begitu. Nampaknya tak lama lagi dapatlah kami makan nasi minyak Erin dan Farriz Fauzy ni. Hehe, gurau je.
Bukan kami je yang excited Erin nak kahwin, pengikut Instagram aktres ini pun turut sama teruja tau!
Sampai ada yang dok bayangkan raut wajah Erin yang comel ni mengenakan busana pengantin. Amboi!! Over nau nau! Haha.
Kalau ikut perancangan sebelum ini, rasanya pasangan sama cantik sama padan ni akan bernikah pada 10 Oktober 2014 nanti. Tahniah kami ucapkan kepada Erin dan Farriz. Semoga hubungan yang bakal dibina nanti kekal ke anak cucu.